Laman Utama

Saturday, June 19, 2010

Ceritera 45 : Berjoging di Bukit Besar


Anda gemar berjoging?Penulis sarankan kepada yang gemar bersenam atau berjoging, terdapat satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk berjoging iaitu di Bukit Besar. Penulis pasti kebanyakkan warga Terengganu kenal dan tahu dimana letaknya tempat ini. Para pengunjung yang bercuti ke Terengganu dan belum tahu dimana letaknya penulis akan berkongsi sedikit maklumat bagaimana untuk ke sini. Apabila anda berada di jalan raya, dari jauh kelihatan satu papan tanda 'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU' di atas bukit.


Dan bukit ini juga berhampiran dengan sebuah gedung yang dikenali MydinMall yang merupakan gedung terbesar di Pantai Timur. Jika para pengunjung yang tiada kenderaan boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sini. Jika para pengunjung bertolak dari bandar dan melalui jalan ke Kuala Berang sudah pasti akan melalui bukit ini.
Kebiasaannya orang ramai akan mula berjoging di sini pada waktu pagi atau petang terutama hujung minggu.


Pengalaman menarik dan para pengunjung akan merasa kepuasannya apabila sampai di puncak bukit ini. Apabila berada di atas bukit ini, para pengunjung boleh melihat pemandangan bandar Terengganu dan melihat lebih dekat papan tanda yang dibina gah di atas bukit ini. Jika anda belum pernah datang ke sini untuk berjoging bolehlah mengisi masa untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.




No comments:

Post a Comment