Laman Utama

Saturday, October 16, 2010

Ceritera 146 : Kapas Lagi !!!!

Chop....chop. Baca jangan tak baca. Kali ini penulis ingin berkongsi mengenai satu lagi penginapan yang ada di Pulau Kapas iaitu Kapas Beach Chalet atau nama ringkas KBC. Chalet ini bersebelahan dengan penginapan yang dinamakan Kapas Coral Beach (KCB). Anda jangan keliru. KBC tidak sama dengan KCB.

Seperti di penginapan lain, chalet ini tidak kurang hebatnya dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti jungle trackking, travel, snorkeling dan banyak lagi untuk para pengunjung dengan menawarkan pelbagai pakej penginapan yang menarik dan harga berpatutan.

Dengan tempat yang selesa dan suasana yang nyaman pasti memberi ketenangan kepada anda semua. Jadi anda pilihlah yang mana terbaik. Bagi penulis semuanya terbaik. Yang pasti anda suka dan puas hati. Jumpa lagi.

Friday, October 15, 2010

Ceritera 145 : Apa itu 'KCB"?


Restoran yang selesa

Kalau anda nak tahu KCB adalah nama pendek bagi "Kapas Coral Beach" yang merupakan salah satu tempat penginapan yang ada di Pulau Kapas. Seperti di penginapan lain, di sini juga terdapat pelbagai jenis pakej penginapan mengikut citarasa masing-masing dan kemudahan lain seperti restoran, padang bola tampar pantai, pondok rehat, dan sebagainya.

Para pengunjung asyik bersantai

Pemandangan dari jeti berdekatan

Tempat perkhidmatan sewa jaket keselamatan


Meja makan beralaskan pasir pantai

Pemandangan jauh dari jeti berhampiran

Banyak juga perkhidmatan lain yang disediakan untuk para pengunjung seperti fishing trip, snorkeling, jungle trackking, river cruise dan banyak lagi. Jadi apa tunggu lagi. Pilihlah 'Kapas Coral Beach'. Macam-macam ada.


Thursday, October 14, 2010

Ceritera 144 : Qimi Chalet, Pulau Kapas

Qimi Chalet terletak di Pulau Kapas yang merupakan antara chalet yang menjadi tumpuan para pelancong untuk menginap. Dengan menawarkan pelbagai pakej penginapan disamping pemandangan laut yang cukup memukau dan mengagumkan pasti memberi 1000 makna kepada anda yang datang berkunjung ke sini.



Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk para pelancong ialah :-

- snorkelling
- scuba driving
- jungle tracking
- mengelilingi pulau dengan perkhidmatan bot
- kayak dan pelbagai lagi


Terdapat juga restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan serta tempat berehat untuk bersantai sambil menghirup udara segar.

Untuk merasai kenikmatan berada di Pulau Kapas, apakata anda memilih Qimi Chalet sebagai lokasi penginapan anda sekeluarga. Pasti menjanjikan saat-saat manis dan sukar dilupakan. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman web Qimi Chalet.


Wednesday, September 22, 2010

Ceritera 143 : Surau Hj. Mohd Kerinci


Surau ini diberi nama surau Hj. Mohd Kerinci terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin berdekatan dengan Dataran Shahbandar dan 'ASTAKA'. Surau yang gah berdiri dibahu jalan ini begitu unik penuh dengan ukiran kayu yang menarik dan antik disamping mengekalkan binaan tingkap traditional.







Tuesday, September 21, 2010

Ceritera 142 : Shopping di Plaza Tanjung


Plaza Tanjung atau lebih dikenali sebagai Kompleks 'ASTAKA' adalah salah satu tempat membeli-belah yang ada di sekitar bandar Kuala Terengganu. Lokasinya bersebelahan dengan Dataran Shahbandar dan berhampiran dengan Istana Maziah. Penulis pasti tiada kesukaran untuk anda datang ke sini malah yang belum pernah datang untuk membeli-belah di Kompleks 'ASTAKA'.


Pelbagai aneka barangan yang dijual di sini antaranya ialah pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, barangan komputer, dapur, kosmetik, kasut, beg dan sebagainya. dihadapan kompleks ini juga terdapat restoran yang cukup selesa untuk para pengunjung. Malah terdapat 'KT Bowl' khas untuk peminat bowling. Jom ke Kompleks 'ASTAKA'. Nak shopping ke nak main bowling!!!


Monday, September 20, 2010

Sunday, September 19, 2010

Ceritera 140 : Mandi-manda di Panchor Merah, Permaisuri

Kebetulan ke rumah ibu saudara, penulis dan keluarga sempat ke sungai di Kg.Panchor Merah, Permaisuri, Besut untuk bermandi-manda. Airnya yang tenang, paras air yang rendah dan sejuk pasti memberi keseronokan kepada anda sekeluarga apatah lagi anak-anak anda. Kawasan lapang berhampiran dengan sungai boleh dijadikan tempat berkelah dan berteduh. Memang seronok. Tapi dalam keseronokan jangan lupa berhati-hati.






Saturday, September 18, 2010

Ceritera 139 : Taman Rekreasi Pantai Merang



Taman Rekreasi Pantai Merang terletak di Setiu dan jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 40km sahaja. Jika anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk memilih lokasi mana untuk dijadikan aktiviti perkhemahan, seminar, hari keluarga atau sebarang aktiviti luar, anda boleh memilih untuk ke Taman Rekreasi Pantai Merang. Pasti memuaskan dan membawa seribu pengalaman.

Aktiviti kayak

Tapak perkhemahan

Kawasan ini sememangnya terkenal dengan aktiviti perkhemahan yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah, badan kerajaan atau swasta dan pelajar institusi pengajian tinggi. Malah kawasan berhampiran dengan taman rekreasi ini juga merupakan tempat aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar dari UniSZA. Antara aktiviti yang biasa dijalankan ialah perkhemahan, kayak, kawad kaki, ceramah motivasi dan sebagainya.


Perkhemahan pelajar sekolah


Bangunan serbaguna dan surau

Selain tapak perkhemahan yang selesa dengan dikelilingi pokok rhu, pelbagai lagi kemudahan disediakan antaranya dewan serbaguna, kedai makan,tandas, surau, padang bola sepak pantai, bola tampar pantai dan banyak lagi. Penulis pasti anda tidak akan rugi jika memilih kawasan ini sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti luar. Jangan lengahkan masa anda.


Friday, September 17, 2010

Ceritera 138 : Berkuda di Terengganu International Endurance Park

Penulis percaya kebanyakkan daripada anda semua pernah mendengar nama ini disebut-sebut. Mungkin belum tahu dimanakah lokasinya. Buat pengetahuan TIEP terletak di Lembah Bidong, Setiu dan jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 3okm.

Dan seperti yang semua maklum, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin amat meminati aktiviti sukan berkuda dan dengan sebab itulah terbinanya TIEP.

Dengan adanya pelbagai pertandingan seperti FEI World Endurance Championship, Cabaran Kuda Lasak Terengganu, dan Kejohanan Kuda Lasak Sedunia serta yang akan berlangsung tidak lama lagi ialah Sultan's Cup terengganu Endurance Challenge sekaligus menaikkan nama Terengganu dan menjadikan Malaysia dikenali sehingga ke seluruh dunia.


Selain kemudahan Klinik Kuda yang juga merupakan klinik kuda pertama dibina, pelbagai lagi kemudahan yang disediakan seperti chalet, latihan untuk equestrian dan sebagainya. Jika anda melalui jalan di Lembah Bidong ini, jangan lupa untuk singgah di Terengganu International Endurance Park.

Thursday, September 16, 2010

Ceritera 137 : Seni Ukiran Mercu Baru

Buat pengetahuan satu binaan baru kini menjadi tarikan orang ramai apatah lagi para pelancong yang dibina di muara Sg.Terengganu berdekatan dengan Kg.Cina (Chinatown) di bandar Kuala Terengganu.



Kelihatan dari jalan utama, sememangnya jambatan yang dibina berserta dengan landskap yang berhampiran dengannya amat menarik dan lain daripada yang lain .





Jika anda dari golongan yang suka bergambar pasti memberi kepuasan kepada anda untuk menjadikan lokasi penggambaran di sekitar kawasan ini. Apatah lagi dengan pemandangan yang luas dan cantik dengan berlatarkan Riyaz Heritage yang terletak di Pulau Wan Man. Apa tunggu lagi. Ramai dah datang, anda bila lagi?


Tuesday, September 14, 2010

Ceritera 136 : Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge 2010



Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge 2010 akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada 5- 7 November 2010. Anda yang berminat dengan aktiviti ini, jangan lepaskan peluang yang ada. Apa lagi. Rancanglah aktiviti anda dari sekarang.


Sunday, September 12, 2010

Ceritera 135 : Restoran dan Rehat



Penat memandu?Ingin berehat?Ingin menikmati makanan? Jika anda melalui jalan Jerangau Jabor, anda boleh singgah di Plaza R&R Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.


Selain restoran, di plaza ini juga terdapat kedai runcit, tandas, tempat berehat dan taman permainan. Anda boleh berehat seketika di sin sebelum memulakan perjalanan anda dengan tenaga yang mencukupi.



*****************(",)*******************



Saturday, September 11, 2010

Ceritera 134 : Masjid Sultan Mahmud


Masjid yang tersergam indah ini terletak di Bandar al-Muktafi Billah Shah, Dungun.