Laman Utama

Saturday, September 18, 2010

Ceritera 139 : Taman Rekreasi Pantai Merang



Taman Rekreasi Pantai Merang terletak di Setiu dan jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 40km sahaja. Jika anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk memilih lokasi mana untuk dijadikan aktiviti perkhemahan, seminar, hari keluarga atau sebarang aktiviti luar, anda boleh memilih untuk ke Taman Rekreasi Pantai Merang. Pasti memuaskan dan membawa seribu pengalaman.

Aktiviti kayak

Tapak perkhemahan

Kawasan ini sememangnya terkenal dengan aktiviti perkhemahan yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah, badan kerajaan atau swasta dan pelajar institusi pengajian tinggi. Malah kawasan berhampiran dengan taman rekreasi ini juga merupakan tempat aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar dari UniSZA. Antara aktiviti yang biasa dijalankan ialah perkhemahan, kayak, kawad kaki, ceramah motivasi dan sebagainya.


Perkhemahan pelajar sekolah


Bangunan serbaguna dan surau

Selain tapak perkhemahan yang selesa dengan dikelilingi pokok rhu, pelbagai lagi kemudahan disediakan antaranya dewan serbaguna, kedai makan,tandas, surau, padang bola sepak pantai, bola tampar pantai dan banyak lagi. Penulis pasti anda tidak akan rugi jika memilih kawasan ini sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti luar. Jangan lengahkan masa anda.


No comments:

Post a Comment