Laman Utama

Wednesday, September 1, 2010

Ceritera 127 : Bubur Lambuk


Sempena bulan Ramadhan ini, apa kata anda sajikan juadah berbuka dengan bubur lambuk. Jika anda menginginkannya pasti banyak dijual di bazar Ramadhan di sekitar Terengganu. Tak puas makan sekali sahaja bubur lambuk. Sekali cuba pasti nak lagi.


Di sekitar Terengganu juga kebanyakkannya samada masjid-masjid atau surau-surau pasti tidak melepaskan peluang untuk menyediakan bubur lambuk untuk diberi dan dikongsi bersama masyarakat sekeliling. Dan bubur lambuk akan dimasak dalam jumlah yang banyak oleh penduduk setempat.

Boleh dikatakan ianya menjadi acara wajib apabila tibanya bulan Ramadhan. Dalam waktu yang sama dengan adanya acara seperti ini di bulan yang mulia ini dapat mengeratkan ukhwah sesama kita dan diberkati.


Tuesday, August 31, 2010

Ceritera 126 : MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Akhirnya negara kita selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 tahun. Di sini penulis mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE -53 buat negara MALAYSIA dengan bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi' .


Thursday, August 26, 2010

Ceritera 125 : Jom ke Kamdar


Sempena hari raya yang akan tiba nanti, penulis sekeluarga ke Kamdar untuk membeli baju raya dan keperluan lain sebagai persiapan. Ramai para pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak atau bersama teman-teman sibuk memilih baju yang sesuai untuk dipakai di hari raya nanti terutama baju Melayu.


Para ibu pula leka memilih kain langsir, cadar kusyen, karpet dan sebagainya untuk persiapan. Di Kamdar sahaja anda boleh membeli pelbagai keperluan selain pakaian. Antaranya baju kanak-kanak dan dewasa, kain langsir, barang perhiasan, sarung bantal, cadar dan banyak lagi.



Jika anda yang belum selesai membuat persiapan dan masih tercari-cari tempat jualan, anda boleh ke Kamdar yang terletak di tengah bandar Terengganu iaitu berhampiran dengan Bank Simpanan Nasional dan Politeknik Kuala Terengganu.


Wednesday, August 25, 2010

Ceritera 124: Berbuka Puasa di Pantai Batu Burok


Sempena bulan Ramadhan ini penulis dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di Pantai Batu Burok. Sebelum ini penulis ada menceritakan apabila tibanya bulan Ramadhan ramai pengunjung akan menikmati juadah berbuka di pantai ini samada bersama keluarga dan anak-anak serta teman-teman.



Ada yang hanya beralaskan pasir pantai dan ada juga yang membawa tikar sambil menikmati keindahan laut yang terbentang luas. Pasti berselera. Berhampiran dengan pantai ini juga terdapat bazar yang menjual pelbagai juadah berbuka, jadi jika anda tidak membawa bekalan untuk berbuka di sekitar pantai ini, anda boleh membeli di bazar terdekat.




Jika anda belum pernah datang ke sini, apa kata hari ini anda sekeluarga berbuka puasa di Pantai Batu Buruk.


Tuesday, August 24, 2010

Ceritera 123 : Jom Makan Netbak

Jika anda golongan yang suka dengan netbak apa kata datang ke Terengganu. Mesti anda boleh beli dan makan netbak. Ada yang tak kenal ke dengan netbak? Buat pengetahuan, netbak adalah sejenis kuih dan kebiasaaannya banyak terdapat di sekitar Terengganu dan Kelantan.

Bentuknya kecil lebih kurang macam baulu, tapi direbus dengan air dan dicampur dengan gula. Kalau nak lebih sedap tambahkan daun pandan. Sedap dan wangi. Ada sesetengahnya rebus netbak manis tapi kalau anda tak suka manis kurangkanlah gula.



Bagi umat Islam yang sedang berpuasa anda bolehlah sajikan hidangan tambahan berbuka dengan kuih netbak. Pasti menyelerakan. Sepanjang bulan puasa, ibu penulis sudah beberapa kali masak netbak untuk dijadikan makanan tambahan semasa berbuka. Memang tak puas. Memang sekali makan lebih pada satu. Jom kita nikmati netbak.


Monday, August 23, 2010

Ceritera 122 : Tenunan Songket Asli




Songket asli Terengganu sememangnya cukup dikenali bukan setakat di dalam Semenanjung Malaysia malah sehingga di pasaran luar negara. Dengan tenunan yang cukup kemas, bahan yang berkualiti disamping pelbagai corak dan warna semestinya cantik digayakan di mana-mana sahaja dan disukai oleh si pemakai.

Selain digayakan di pentas peragaan, orang ramai yang minat untuk menggayakan songket boleh digunakan ketika majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Dengan harga yang berpatutan pasti memberi kepuasan kepada anda untuk digayakan. Jadi untuk dapatkan songket asli Terengganu, jom kita ke negeri Terengganu.



Terdapat banyak kedai yang menjual songket Terengganu antaranya di Pasar Besar Kedai Payang, sekitar Rusila, sekitar bandar Kuala Terengganu dan banyak lagi. Pilihlah mana satu yang anda suka, pasti berbaloi-baloi.


Sunday, August 22, 2010

Ceritera 121 : MAYANGSARI RESORT


Mayang Sari Resort terletak di Jalan Pantai, Dungun dan kedudukannya betul-betul mengadap dengan laut dan pantai. Jadi kalau anda nak menginap di resort ini, anda tidak perlu bimbang kerana lokasinya yang strategik sememangnya mudah untuk anda sampai.

Dengan suasana pantai dan berkonsepkan ala villa amat sesuai untuk anda berehat dan bersantai bersama keluarga, sanak-saudara atau teman-teman. Pelbagai kemudahan yang disediakan di resort ini antaranya restoran, bilik mesyuarat, bilik karaoke, kolam renang, spa, aktiviti bersukan dan sebagainya.



Aktiviti sampingan yang anda boleh lakukan ialah seperti berkelah di pantai, menyelam di Pulau Tenggol, jungle trekking di Bukit Bauk, bermain golf dan pelbagai lagi. Semuanya berdekatan dengan resort ini jadi senang untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti ini.

Resort ini juga sentiasa menjadi tumpuan samada pihak sekolah, badan kerajaan atau swasta melakukan aktiviti seperti kem motivasi, bengkel, seminar, mesyuarat, hari keluarga, dan sebagainya. Tidak ketinggalan dengan menawarkan promosi hebat sepanjang tahun.


Jadi jika anda berkesempatan atau masih tercari-cari destinasi mana yang ingin anda tuju, penulis sarankan datanglah ke MayangSari Resort. Anda boleh melayari laman web Mayang Sari Resort untuk mengetahui maklumat lebih terperinci.