Laman Utama

Wednesday, September 22, 2010

Ceritera 143 : Surau Hj. Mohd Kerinci


Surau ini diberi nama surau Hj. Mohd Kerinci terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin berdekatan dengan Dataran Shahbandar dan 'ASTAKA'. Surau yang gah berdiri dibahu jalan ini begitu unik penuh dengan ukiran kayu yang menarik dan antik disamping mengekalkan binaan tingkap traditional.







Tuesday, September 21, 2010

Ceritera 142 : Shopping di Plaza Tanjung


Plaza Tanjung atau lebih dikenali sebagai Kompleks 'ASTAKA' adalah salah satu tempat membeli-belah yang ada di sekitar bandar Kuala Terengganu. Lokasinya bersebelahan dengan Dataran Shahbandar dan berhampiran dengan Istana Maziah. Penulis pasti tiada kesukaran untuk anda datang ke sini malah yang belum pernah datang untuk membeli-belah di Kompleks 'ASTAKA'.


Pelbagai aneka barangan yang dijual di sini antaranya ialah pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, barangan komputer, dapur, kosmetik, kasut, beg dan sebagainya. dihadapan kompleks ini juga terdapat restoran yang cukup selesa untuk para pengunjung. Malah terdapat 'KT Bowl' khas untuk peminat bowling. Jom ke Kompleks 'ASTAKA'. Nak shopping ke nak main bowling!!!


Monday, September 20, 2010

Sunday, September 19, 2010

Ceritera 140 : Mandi-manda di Panchor Merah, Permaisuri

Kebetulan ke rumah ibu saudara, penulis dan keluarga sempat ke sungai di Kg.Panchor Merah, Permaisuri, Besut untuk bermandi-manda. Airnya yang tenang, paras air yang rendah dan sejuk pasti memberi keseronokan kepada anda sekeluarga apatah lagi anak-anak anda. Kawasan lapang berhampiran dengan sungai boleh dijadikan tempat berkelah dan berteduh. Memang seronok. Tapi dalam keseronokan jangan lupa berhati-hati.






Saturday, September 18, 2010

Ceritera 139 : Taman Rekreasi Pantai Merang



Taman Rekreasi Pantai Merang terletak di Setiu dan jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 40km sahaja. Jika anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk memilih lokasi mana untuk dijadikan aktiviti perkhemahan, seminar, hari keluarga atau sebarang aktiviti luar, anda boleh memilih untuk ke Taman Rekreasi Pantai Merang. Pasti memuaskan dan membawa seribu pengalaman.

Aktiviti kayak

Tapak perkhemahan

Kawasan ini sememangnya terkenal dengan aktiviti perkhemahan yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah, badan kerajaan atau swasta dan pelajar institusi pengajian tinggi. Malah kawasan berhampiran dengan taman rekreasi ini juga merupakan tempat aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar dari UniSZA. Antara aktiviti yang biasa dijalankan ialah perkhemahan, kayak, kawad kaki, ceramah motivasi dan sebagainya.


Perkhemahan pelajar sekolah


Bangunan serbaguna dan surau

Selain tapak perkhemahan yang selesa dengan dikelilingi pokok rhu, pelbagai lagi kemudahan disediakan antaranya dewan serbaguna, kedai makan,tandas, surau, padang bola sepak pantai, bola tampar pantai dan banyak lagi. Penulis pasti anda tidak akan rugi jika memilih kawasan ini sebagai lokasi untuk melakukan aktiviti luar. Jangan lengahkan masa anda.


Friday, September 17, 2010

Ceritera 138 : Berkuda di Terengganu International Endurance Park

Penulis percaya kebanyakkan daripada anda semua pernah mendengar nama ini disebut-sebut. Mungkin belum tahu dimanakah lokasinya. Buat pengetahuan TIEP terletak di Lembah Bidong, Setiu dan jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 3okm.

Dan seperti yang semua maklum, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin amat meminati aktiviti sukan berkuda dan dengan sebab itulah terbinanya TIEP.

Dengan adanya pelbagai pertandingan seperti FEI World Endurance Championship, Cabaran Kuda Lasak Terengganu, dan Kejohanan Kuda Lasak Sedunia serta yang akan berlangsung tidak lama lagi ialah Sultan's Cup terengganu Endurance Challenge sekaligus menaikkan nama Terengganu dan menjadikan Malaysia dikenali sehingga ke seluruh dunia.


Selain kemudahan Klinik Kuda yang juga merupakan klinik kuda pertama dibina, pelbagai lagi kemudahan yang disediakan seperti chalet, latihan untuk equestrian dan sebagainya. Jika anda melalui jalan di Lembah Bidong ini, jangan lupa untuk singgah di Terengganu International Endurance Park.

Thursday, September 16, 2010

Ceritera 137 : Seni Ukiran Mercu Baru

Buat pengetahuan satu binaan baru kini menjadi tarikan orang ramai apatah lagi para pelancong yang dibina di muara Sg.Terengganu berdekatan dengan Kg.Cina (Chinatown) di bandar Kuala Terengganu.



Kelihatan dari jalan utama, sememangnya jambatan yang dibina berserta dengan landskap yang berhampiran dengannya amat menarik dan lain daripada yang lain .





Jika anda dari golongan yang suka bergambar pasti memberi kepuasan kepada anda untuk menjadikan lokasi penggambaran di sekitar kawasan ini. Apatah lagi dengan pemandangan yang luas dan cantik dengan berlatarkan Riyaz Heritage yang terletak di Pulau Wan Man. Apa tunggu lagi. Ramai dah datang, anda bila lagi?


Tuesday, September 14, 2010

Ceritera 136 : Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge 2010



Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge 2010 akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada 5- 7 November 2010. Anda yang berminat dengan aktiviti ini, jangan lepaskan peluang yang ada. Apa lagi. Rancanglah aktiviti anda dari sekarang.


Sunday, September 12, 2010

Ceritera 135 : Restoran dan Rehat



Penat memandu?Ingin berehat?Ingin menikmati makanan? Jika anda melalui jalan Jerangau Jabor, anda boleh singgah di Plaza R&R Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.


Selain restoran, di plaza ini juga terdapat kedai runcit, tandas, tempat berehat dan taman permainan. Anda boleh berehat seketika di sin sebelum memulakan perjalanan anda dengan tenaga yang mencukupi.



*****************(",)*******************



Saturday, September 11, 2010

Ceritera 134 : Masjid Sultan Mahmud


Masjid yang tersergam indah ini terletak di Bandar al-Muktafi Billah Shah, Dungun.




Friday, September 10, 2010

Ceritera 133 : Keindahan Marang Waterfront


Jika anda ke bandar Marang, jangan lupa untuk singgah di Marang Waterfront yang terletak di muara Sg. Marang dan berhampiran dengan jeti untuk ke Pulau Kapas. Buat pengetahuan Marang Waterfront ini dirasmikan pada 15 Ogos 2007 oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu.

Tempat ini sememangnya sesuai untuk berehat bersama keluarga terutama anak-anak kerana terdapat taman permainan yang disediakan malah para pengunjung boleh berehat di pondok rehat dan bangku-bangku yang terdapat disekitarnya.







Suasana yang mendamaikan dengan pemandangan yang cukup menarik pasti memberi ketenangan kepada anda sekeluarga untuk berehat dan bersantai di waktu pagi atau petang.




Malah kawasan sekitarnya juga sentiasa bersih dan terdapat banyak pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh dikala panas terik pasti memberi keselesaan kepada anda sekeluarga. Jika anda berkesempatan anda boleh melihat feri atau bot keluar masuk melalui jeti berhampiran. Jom kita ke Marang Waterfront.


Thursday, September 9, 2010

Ceritera 132 : SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI




Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-FITRI

kepada semua umat Islam di seluruh dunia. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Sunday, September 5, 2010

Ceritera 131 : Nak Belajar Loghat Terengganu???


Di kesempatan ini penulis ingin berkongsi beberapa perkataan mengikut loghat Terengganu :-


1. tak mboh - tidak mahu
2. nok - mahu/nak
3. gocoh - gaduh
4. dok - tidak
5. bakpe -kenapa
6. susoh - susah
7. wak - buat
8. mayang - sembahyang/solat
9. garib - Maghrib
10. lening -sekarang
11. caye -percaya
12. luor - seluar/diluar
13. babe -degil
14. puah -bosan
15. bahang -pukul
16. dokdang - tidak sempat
17. tubek -keluar
18. udoh sepang - sangat hodoh
19. toho - air yang cetek
20. beso jalo - orang dewasa
21. bising bango - sangat bising
22. beragah -org yang sombong

Senang je kan. Selamat Mencuba.


Saturday, September 4, 2010

Ceritera 130 : Keenakkan Kopi di Kedai Kopi Hai Peng

Kalau anda nak tahu, lokasi kedai ini adalah terletak di Jalan Sulaiman, Kemaman. Jika anda dari Kuantan apabila anda tiba di persimpangan lampu isyarat betul-betul di pusat bandar Kemaman, di sebelah kanan kelihatan satu bangunan putih yang diberi nama Kedai Kopi Hai Peng.


Dah nama kedai kopi, sudah pasti menu utama adalah kopi yang merupakan satu hidangan yang paling digemari oleh setiap pengunjung yang datang ke kedai ini. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai lagi menu menarik yang disediakan oleh kedai ini untuk para pengunjung seperti roti bakar dan nasi lemak.

Kedai ini mula beroperasi dari jam 6.45 pagi sehingga 6ptg dan sejak dari bukanya kedai ini sememangnya orang ramai tidak putus-putus datang samada dari pelbagai tempat dan berlainan bangsa.



Yang paling menarik menu disediakan di kedai ini ialah kopi. Kopi yang dibuat bukan calang-calang kopi. Dengan aromanya yang harum dengan keenakkannya yang lain daripada kopi biasa pasti menarik perhatian anda untuk merasanya. Ini kerana ramuannya yang berbeza dan unik.

Ditambah dengan persekitaran kedai yang begitu selesa dengan pelbagai hiasan pastinya memberi keselesaan kepada anda yang berkunjung ke kedai ini. Apa tunggu lagi, jom minum air kopi!!


Friday, September 3, 2010

Ceritera 129 : Shopping Lagi

Di sekitar Terengganu banyak tempat untuk membeli-belah dan salah satunya ialah di Giant yang terletak bersebelahan dengan Mydin Mall Terengganu. Seperti di tempat lain Giant di Terengganu juga menjual pelbagai aneka barangan yang menarik.



****SELAMAT BERKUNJUNG****


Thursday, September 2, 2010

Ceritera 128 : Masjid UniSZa

Masjid UniSZA terletak berhampiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Terengganu. Sebelum ini dikenali sebagai masjid KUSZA.