Laman Utama

Friday, September 10, 2010

Ceritera 133 : Keindahan Marang Waterfront


Jika anda ke bandar Marang, jangan lupa untuk singgah di Marang Waterfront yang terletak di muara Sg. Marang dan berhampiran dengan jeti untuk ke Pulau Kapas. Buat pengetahuan Marang Waterfront ini dirasmikan pada 15 Ogos 2007 oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu.

Tempat ini sememangnya sesuai untuk berehat bersama keluarga terutama anak-anak kerana terdapat taman permainan yang disediakan malah para pengunjung boleh berehat di pondok rehat dan bangku-bangku yang terdapat disekitarnya.







Suasana yang mendamaikan dengan pemandangan yang cukup menarik pasti memberi ketenangan kepada anda sekeluarga untuk berehat dan bersantai di waktu pagi atau petang.




Malah kawasan sekitarnya juga sentiasa bersih dan terdapat banyak pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh dikala panas terik pasti memberi keselesaan kepada anda sekeluarga. Jika anda berkesempatan anda boleh melihat feri atau bot keluar masuk melalui jeti berhampiran. Jom kita ke Marang Waterfront.


No comments:

Post a Comment