Laman Utama

Saturday, August 21, 2010

Ceritera 120 : Keunikan Masjid Hiliran




Masjid Hiliran juga merupakan salah satu masjid tertua dan mempunyai sejarah silamnya yang tersendiri. Masjid ini terletak di Jalan Hiliran Kuala Terengganu iaitu jalan menuju ke pusat bandar. Buat pengetahuan, masjid ini ketika dahulu pernah dijadikan sebagai sekolah Arab yang pertama diwujudkan di negeri ini.

Masjid ini juga mempunyai keunikannya dengan kewujudan sebuah perigi yang dikenali sebagai Telaga Mandi Gajah Putih dipercayai dibina semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) dan atap masjid ini dibina berasaskan bentuk bumbung limas potong perak iaitu salah satu seni bina Melayu terkenal.


Mengenai sejarahnya pula, berdasarkan sumber yang diperolehi, pada asalnya masjid ini dibina daripada kayu sehingga tahun 1925 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sebelum ia dibina semula dengan gandingan kayu, simen dan batu.


Baru-baru ini penulis sempat singgah di masjid ini untuk menunaikan solat. Tidak dinafikan masjid ini sememangnya unik dengan adanya pintu gerbang dan bangunan masjid yang dipenuhi ukiran, deretan tingkap berserta dengan warna masjid yang serba kekuningan.


4 comments:

  1. Masjid ni bukan saje unik, malahan masjid ini sejuk. Saya selalu sembahyang jumaat di masjid ni, memang tak panas semasa mendengar khutbah...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Anonymous. Saya pun selalu sembahyang di masjid Hiliran ni. Masjid ini memang sejuk walaupun x buka kipas.

    ReplyDelete
  3. saya pun baru brkesempatan singgah kat masjid ni..unik dan masih utuh

    ReplyDelete
  4. sy mmg duk kapung ni... smayang pn tiap2 minggu kat msjd ni

    ReplyDelete