Laman Utama

Wednesday, May 12, 2010

Ceritera 3 : Terbinanya Taman Tamadun Islam (TTI)


Taman Tamadun Islam atau lebih dikenali sebagai TTI telah dibuka pada 3 Februari 2008 yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Sejak mula dibuka sehingga kini, orang ramai tidak putus-putus melawat taman ini tidak kira samada siang ataupun malam.



Taman Tamadun Islam dibina untuk mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia agar ia tidak luput diingatan kita. Masjid utama yang paling dikenali ialah Masjid Kristal yang tersergam indah di hujung taman. Walaupun dari jauh, Masjid Kristal ini sudah kelihatan menarik dan begitu indah mata memandang dengan kesenian dan bentuk rekaannya yang mengagumkan. Masjid ini boleh digunakan untuk bersolat.




Disekeliling taman ini juga, pengunjung boleh melihat pemandangan yang begitu indah dan damai dengan adanya sungai yang tidak lekang daripada bot-bot dan perahu. Di sekitar taman ini selain Masjid Kristal bangunan lain yang dibina juga begitu unik dan kreatif.

Di sini juga terdapat beberapa taman khas seperti Taman Monumen, TTI River Cruise, Pusat Konvesyen, track jogging, kawasan memancing dan sebagainya. Disamping itu terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk memudahkan para pengunjung seperti masjid, kafeteria, pengangkutan mini bas dan sebagainya.




Selanjutnya penulis akan menceritakan dengan lebih mendalam pada bahagian akan datang. Kepada anda semua jangan lepaskan peluang melawat Terengganu dan jangan ketinggalan untuk singgah di Taman Tamadun Islam ini. Pelbagai perkara menarik terdapat di taman ini.


No comments:

Post a Comment