Kali ini penulis ingin menceritakan betapa menarik dan istimewanya satu kawasan yang dikenali sebagai Bukit Puteri yang terletak berhampiran dengan Pasar Payang, Bazar Warisan, Taman Shahbandar dan tidak ketinggalan Istana Maziah di bandar negeri ini.
Bukit Puteri adalah satu tempat yang kaya dengan catatan sejarah tersendiri yang begitu berharga dan bermakna. Ia dikatakan tempat bersejarah kerana pernah menjadi kubu dan rebutan semasa Perang Saudara semasa zaman pergolakan Kesultanan Terengganu.
Untuk masuk ke kawasan ini, bayaran tiket hanyalah RM1 (dewasa) dan RM0.50 (kanak-kanak) dan dibuka setiap hari mulai 8 pg sehingga 6 ptg. Bukit Puteri ini sentiasa penuh dengan para pengunjung terutama daripada rombongan pelajar sekolah.
Untuk masuk ke kawasan ini, bayaran tiket hanyalah RM1 (dewasa) dan RM0.50 (kanak-kanak) dan dibuka setiap hari mulai 8 pg sehingga 6 ptg. Bukit Puteri ini sentiasa penuh dengan para pengunjung terutama daripada rombongan pelajar sekolah.
Dari atas bukit ini pengunjung dapat menikmati pemandangan dan keindahan bandar Kuala Terengganu terutama sekali pemandangan Istana Maziah, Taman Shahbandar dan keindahan sungai Terengganu. Di atas bukit ini terdapat pelbagai peninggalan sejarah antaranya Genta (loceng besar), singgahsana sementara, meriam beranak, tempat simpanan bedil dan meriam, tiang bendera, kubur dan rumah api.
Pengunjung juga dapat melihat Kubu Pertahanan yang masih lagi kukuh walaupun telah berusia hampir sedekad dan ia dibina dengan menggunakan pasir, kapur, putih telur, kulit kerang dan madu lebah.
Penulis sendiri sudah beberapa kali ke Bukit Puteri untuk melihat sendiri monumen-monumen yang terdapat di atas bukit ini. Bagi penulis ia memang menakjubkan dan memberi kesedaran betapa pentingnya kita mengingati hari-hari bersejarah yang telah berlalu.
Apabila datang ke Terengganu atau warga Terengganu yang belum pernah ke sini bolehlah berkunjung ke Bukit Puteri untuk melihat pemandangan yang indah dari atas bukit ini dan melihat pelbagai jenis monumen yang dipamerkan.
No comments:
Post a Comment