Laman Utama

Friday, May 14, 2010

Ceritera 8 : Hujung Minggu di Hutan Lipur Sekayu


Hutan Lipur Sekayu atau dikenali sebagai Air Terjun Sekayu terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Jika anda ingin berehat dan bercuti, anda bolehlah datang ke sini bersama keluarga kerana segala-galanya ada disini. Anda boleh bercuti selama mana anda inginkan kerana di sini juga disediakan penginapan untuk para pengunjung.




Hutan Lipur ini juga bukan setakat untuk bermandi-manda tetapi ia juga dikelilingi oleh pelbagai spesis pokok dan tumbuhan termasuk pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan. Apabila anda menjejaki kawasan ini perasaan gembira dan tenang akan menyelubungi diri anda. Kunjungan anda buat pertama kali akan menarik minat anda untuk berkunjung ke sini lagi. Begitulah betapa istimewanya tempat ini dengan keindahan dan kedamaian yang akan dirasai oleh para pengunjung.


Tarikan utama hutan lipur ini ialah mempunyai air terjun 3 peringkat dan bagi penulis ia begitu memukau dan sejuk mata memandang. Betapa cantiknya keindahan yang dicipta oleh-Nya. Air sungainya juga begitu sejuk dan jernih akan membuatkan anda semua tenang dan merasa kepuasannya. Sekaligus dapat merehatkan minda dan melapangkan fikiran kita daripada semua perkara. Di sepanjang sungai ini juga terdapat beberapa jambatan gantung untuk memudahkan para pengunjung menyeberang ke seberang sungai.


Hutan Lipur Sekayu ini juga bukat setakat menyediakan tempat penginapan malah terdapat pelbagai lagi kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung antaranya ialah pondok rehat, surau, tandas, tempat berkhemah, jungle tracking, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya. Di sini juga terdapat satu taman yang dikenali Taman Pertanian.


Taman ini mempunyai taman air untuk kanak-kanak dan orang dewasa, tasik untuk para pemancing dan kemudahan kayak untuk disewa. Taman ini sentiasa penuh dengan para pengunjung tidak kira samada hari bekerja atau hujung minggu apatah lagi hari cuti umum. Jadi apa tunggu lagi jom kita ke Air Terjun Sekayu.





No comments:

Post a Comment