Laman Utama

Friday, May 14, 2010

Ceritera 7 : Kenali Sejarah Terengganu di Muzium Negeri Terengganu


Sebelum anda sampai di Taman Tamadun Islam, sudah pasti anda akan melalui Muzium Negeri Terengganu. Jadi apa lagi singgahlah ke Muzium Negeri Terengganu. Muzium ini terletak di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.





Dengan melawat ke muzium ini anda akan memperolehi ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan warisan terdahulu. Pelbagai khazanah silam dan artifak arkeologi dijadikan sebagai pameran di muzium ini yang menggambarkan tamadun purba di Terengganu. Bukan itu sahaja tetapi maklumat terperinci mengenai tokoh-tokoh dan pahlawan negara juga disediakan di sini. Pelbagai galeri terdapat di muzium ini antaranya ialah Galeri Senjata, Galeri Diraja, Galeri Tekstil, Galeri Kraf, Galeri Islam, Galeri Pelayaran dan Perdagangan, Galeri Ilmu Kejadian dan banyak lagi.


Boleh dikatakan sepanjang tahun pelbagai aktiviti menarik dianjurkan oleh Muzium Negeri untuk orang ramai. Antaranya ialah Pertandingan Melukis dan Mewarna Warisan Kita, Rampai Budaya, Seminar Batu Bersurat, Pasar Keris atau Antik, Pameran Motosikal (sedang berlangsung sehingga 4 Julai ini), Festival Gamelan Sedunia (23-26 Julai), Pertandingan Lukisan CITRA Terengganu (31 Julai-2 Ogos) dan banyak lagi. Untuk mengetahui perkembangan selanjutnya anda bolehlah melayari Portal Rasmi Lembaga Muzium Negeri Terengganu.




Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini secara tidak langsung ia dapat mengeratkan silaturrahim dan terjalinnya jalinan ukhwah antara kita sesama insan. Lagipun ini dapat memberi ingatan dan kesedaran kepada kita tentang warisan datuk nenek moyang dan sekaligus dapat mengekalkan seni dan budaya kita.


Penulis dan keluarga juga sudah banyak kali melawat muzium ini. Anda semua bolehlah membawa anak-anak dan keluarga anda melawat ke Muzium Negeri Terengganu ini. Yang pasti lawatan ini akan menjadi lawatan penuh makna buat anda sekeluarga.


No comments:

Post a Comment