Laman Utama

Saturday, May 1, 2010

Ceritera 1 : Pembuka Kata

Untuk pembuka kata, penulis ingin menceritakan mengenai blog ini yang dinamakan Terengganu Unik.

Nama diberi kerana bagi penulis negeri TERENGGANU begitu unik dengan adanya keistimewaan tersendiri yang lain daripada lain.
Tujuan utama blog ini sudah tentu kerana menyertai Pertandingan Blog Pelancongan 2010 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui trgtourism.blogspot.com.

Blog ini adalah untuk menceritakan mengenai perkara-perkara menarik yang berkaitan dengan negeri TERENGGANU yang merangkumi semua aspek samada asal-usul, tempat pelancongan dan sebarang aktiviti yang dijalankan di sekitar TERENGGANU.

Kepada semua pembaca, anda tidak akan menyesal apabila melawati blog ini dan kunjungan anda amat dialu-alukan kerana disinilah tempat untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TERENGGANU DARUL IMAN sekaligus menjadikan TERENGGANU sebagai destinasi pelancongan dan penulis sedia menerima sebarang komen daripada anda semua.


- SELAMAT BERKUNJUNG -




1 comment: