Laman Utama

Wednesday, May 5, 2010

Ceritera 2: Pertandingan Wau di Lembah Bidong




Baru-baru ini satu pertandingan wau telah diadakan di Lembah Bidong, Setiu. Walaupun kini zaman serba canggih tetapi permainan tradisional ini belum dilupakan malah semakin diminati oleh semua golongan bahkan para remaja dan kanak-kanak. Setiap keluarga di Lembah Bidong ini menghantar wakil untuk menyertai pertandingan wau ini sekaligus boleh dikatakan bahawa wau takkan luput dihati kita sampai bila-bila. Pertandingan ini terdiri daripada wau bulan, wau barat dan wau paling cantik serta kreatif.






Bagi penulis sendiri, penulis juga begitu berminat dengan permainan wau dan ia mempunyai banyak jenis dengan bentuk dan corak yang kepelbagaian yang begitu menarik dan mengagumkan. Ini menunjukkan betapa ramai pakar-pakar dalam bidang ini yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam pembuatan wau. Bagi penulis sendiri tidak rugi dengan diadakan pertandingan ini kerana ia memberi banyak kelebihan tersendiri disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan orang ramai.

Dalam waktu yang sama, orang ramai boleh mempelajari cara-cara untuk membuat wau malah golongan veteran boleh berkongsi ilmu kepada para pemuda dan kanak-kanak supaya ia boleh diwarisi dan kekal sehingga akhir zaman.


1 comment:

  1. salam...boleh sy tahu,kat mana tempat pembuatan wau??sy dan kwan-kwn ad projek untk menyiapkan wau...plez..ni no sy 014-2278962(nik mardhiah)...hrap dapt hubungi sy sblm 1.7.2011 krena sy kne buat kertas kerja...

    ReplyDelete