Laman Utama

Saturday, July 24, 2010

Ceritera 115 : Wayang Kulit


Seperti yang sedia maklum, seni wayang kulit amat popular di Pantai Timur apatah lagi di negeri Terengganu. Penulis juga sudah beberapa kali pergi melihat acara wayang kulit berlangsung di sekitar Terengganu ini.

Jika anda bukan berasal dari Terengganu, pasti kurang faham dengan apa yang diperkatakan oleh pemainnya. Tetapi jika anda biasa menonton wayang kulit dimainkan pasti sudah menjadi kebiasaan mendengar perkataan yang disebutoleh pemainnya.



Acara wayang kulit ini sememangnya dapat memeriahkan suasana kerana terdapat banyak ragam dan pelbagai jalan cerita yang begitu menarik dan tidak ketingggalan dijadikan sebagai pengajaran.

Friday, July 23, 2010

Ceritera 114 : Lompat Tikam


Anda biasa dengan lompat tikam? Anda kenal lompat tikam? Penulis percaya ada kalangan anda pernah tengok dengan lompat tikam tetapi tidak tahu ia dikenali sebagai kuih lompat tikam.

Jika anda datang ke Terengganu, memang banyak gerai atau pasar yang menjual lompat tikam. Kebiasaanya kuih ini digabungkan dengan dua warna iaitu hijau di lapisan bawah dan putih di lapisan atas bersama dengan kuah manisan.
Pasti sedap dimakan.





Wednesday, July 21, 2010

Ceritera 113 : Lagu Blues Terengganu


BLUES TERENGGANU KITA


Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganumemang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoi guang gamoik tu
Yak kelih wak tangi

Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzaman
Sekayu comel, zaman berzaman
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoy hoy hoy
bangun ke laut eeh...
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kerpok gete
Ramai orang, atah gere

Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor

Selamt datang wei...
Tempat kami ramai-ramai
Selamat datang
Negeri kami

Kita singgoh kat primula
Batu burok tepi pata
Laut biru di tanjong jara
Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka...
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Kalau anda tak tahu nada lagu ni, play lah video ni..layann...







Tuesday, July 20, 2010

Ceritera 112: Sutra Beach Resort & Spa

Sutra Beach Resort juga merupakan salah satu resort yang menjadi tumpuan para pelancong yang terletak di Merang, Setiu. Jarak dari bandar Kuala Terengganu ialah 35km dan 25km jika anda dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Jika anda masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk menginap dan berehat, anda sekeluarga bolehlah mengambil kesempatan untuk ke resort ini.



Dengan kawasannya yang indah dan damai sememangnya sesuai untuk anda merehatkan diri daripada kesibukan kota. Malah di sini juga sentiasa menjadi tumpuan samada ipt-ipt, kakitangan kerajaan dan swasta dengan mengadakan program seperti jamuan makan malam, majlis berbuka puasa, bengkel, seminar dan mesyuarat. Pelbagai kemudahan juga disediakan seperti bilik mesyuarat, kemudahan aktiviti rekreasi, spa, perkhidmatan internet, kolam renang dan banyak lagi.


Resort ini juga banyak menawarkan promosi hebat seperti sempena bulan ramadhan, pakej bulan madu dan pelbagai lagi. Penginapan yang sideiakan juga menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang bersesuaian dan berpatutan. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin membuat tempahan anda boleh melayari laman web Sutra Beach Resort & Spa.


Monday, July 19, 2010

Ceritera 111 : Dodol




Kalau anda yang suka sangat makanan yang manis-manis, bolehlah mencuba dodol. Dodol juga merupakan kuih yang cukup digemari dan boleh dikatakan banyak dijual di sekitar negeri ini dan salah satunya sudah tentu di Kedai Besar Pasar Payang. Ada yang dijual dalam paket kecil dan besar. Harganya juga begitu murah. Dodol juga mempunyai pelbagai jenis iaitu dodol pandan, dodol durian dan banyak lagi.


Beli jangan tak beli.



Ceritera 110 : Bepang Pulut


Kalau anda terasa nak makan bepang puput, anda boleh ke Pasar Besar Kedai Payang. Memang banyak bepang dijual di sekitar pasar ini. Penulis juga amat suka makan bepang pulut. Rasanya yang manis dan rangup memang menyelerakan. Anda yang datang ke Terengganu jangan lupa untuk membeli bepang pulut. Pasti tak menyesal.


Sunday, July 18, 2010

Ceritera 109 : Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu

Di Terengganu ini terdapat satu stesen bas utama yang lebih dikenali sebagai Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu atau lebih dikenali MPKT. Stesen inilah satu-satunya dijadikan pusat utama samada menaiki bas ekspress atau bas henti-henti.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk orang ramai iaitu tempat duduk, tempat menyimpan barang, surau dan tandas. Malah di sini juga terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan seperti roti canai, nasi lemak, nasi dagang, nasi ayam, nasi berlauk, mee changlun, mee sup, burger dan banyak lagi.



Malah bukan itu sahaja, jika anda sampai di stesen ini sudah pasti anda akan melihat kedai-kedai di tingkat atas stesen ini yang kebanyakkannya menjual pakaian wanita, pakaian lelaki, tudung, selendang dan kasut. Selain itu terdapat kedai menjahit baju, kedai cenderamata, kedai peralatan perkahwinan, kedai baju pengantin dan banyak lagi. Jadi, sementara menunggu giliran anda untuk menaiki bas, anda boleh ke medan selera dan kedai-kedai berdekatan.




Ceritera 108 : Tarian Ulik Mayang


Buat pengetahuan, tarian Ulik Mayang adalah berasal dari negeri Terengganu. Dalam tarian ini, ia ditarikan oleh 10 hinggan 15 orang penari lelaki dan perempuan. Dahulu Ulik Mayang dimainakn sewaktu musim memuja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak menggangu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan.

Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri. Tetapi kini tarian ini tidak lagi melakukan aktiviti pemujaan yang berunsurkan khurafat tetapi sekadar mempersembahkan tarian sekaligus mengekalkan kesenian dan kebudayaan.





Saturday, July 17, 2010

Ceritera 107 : Roti Tempayan Sedap!!!!


Bercerita pasal roti tempayan, memang banyak kedai-kedai yang menjual roti tempayan di negeri ini. Salah satunya ialah Kedai Roti Tempayan di Kelulut, Marang. Kedai ini amat mudah untuk dicari kerana lokasinya yang berada di tepi jalan utama laluan dari Dungun ke bandar Terengganu dan berhadapan dengan pantai Peranginan Kelulut, Marang. Kedai ini kebiasaannya dibuka pada pukul 4 ptg sehingga 12 mlm.


Roti tempayan yang dibuat memang besar. Kalau penulis sendiri, memang tak dapat nak habiskan satu roti tempayan. Besar sangat. Tapi kalau anda penggemar roti tempayan, penulis percaya mesti anda dapat makan sepuas-puasnya. Apatah lagi jika anda makan roti tempayan yang baru siap dimasak dan panas-panas lagi. Pasti menyelerakan.

Kuah karinya juga sedap dan mempunyai 3 jenis iaitu kari ayam, kari daging lembu dan kari daging kambing. Anda suka yang mana. Lagipun harganya amat murah. Anda pasti suka. Rasa sekali mesti nak lagi.


Friday, July 16, 2010

Ceritera 106: Pakat-pakat Mari Ganu Musim Buah-buahan

Negeri Terengganu sedang hangat dengan buah-buahan tempatan. Kalau anda nak tahu sekarang di Terengganu adalah musim buah-buahan. Penulis percaya jika anda datang ke Terengganu tidak kira dari Kelantan atau Kuantan menuju ke Terengganu, anda takkan terlepas pandang melihat pokok buah-buahan yang sedang masak ranum samada di kebun-kebun ataupun di halaman rumah penduduk di sekitar negeri ini.




Malah buah-buahan tempatan banyak dijual di sekitar negeri ini samada di Kedai Besar Pasar Payang, pasar besar, pasar malam dan di tepi-tepi jalan. Semuanya dijual dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi. Antaranya ialah rambutan, manggis, durian, duku dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita ke Terengganu. Kalau tak datang tahun ini, lambat lagilah kena tunggu musim buah-buahan di negeri ini. Apatah lagi jika anda yang suka makan durian. Alamatnya jilat jari jelah. Jom!!!!!!Anda takkan menyesal. Beli banyak-banyak, kita makan sampai kenyang.


Ceritera 105 : Baulu Dikenali

Baulu juga merupakan salah satu kuih traditional yang amat dikenali dan diminati oleh semua golongan. Kuihnya yang lembut dan sedap sesuai dimakan pada bila-bila masa. Apabila anda datang ke Terengganu dan berkeinginan untuk merasa baulu Terengganu, anda tidak perlu bimbang untuk mencari kedai-kedai yang menjualnya.


Di sekitar Terengganu tidak kira di daerah mana, terdapat banyak kedai yang menjual baulu antaranya ialah di pasar besar, pasar malam dan kedai khas hanya menjual baulu seperti di Dungun yang dikenali sebagai Kedai Baulu Warisan. Kedai ini sememangnya dikenali terutama warga setempat mengenai keenakan baulu yang dibuat oleh pemiliknya. Kedainya juga senang dijumpai kerana lokasinya yang berada di laluan Kemaman ke bandar Dungun.


Thursday, July 15, 2010

Ceritera 104 : Menginap di Peladang Setiu Agro Resort



Untuk berehat dan bebas daripada kesibukan kota, Peladang Agro Resort Setiu salah satu destinasi yang amat sesuai untuk dikunjungi. Resort ini terletak di Guntung, Setiu dan jarak dari bandar Permaisuri ialah 13km manakala dari Kuala Terengganu pula ialah lebih kurang 90km.

Apabila anda sampai ke resort ini, anda akan disambut dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan hutan tropika. Dengan deretan chalet terapung yang dikelilingi kawasan kebun semestinya memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda yang datang berkunjung ke sini. Kepada pencinta alam, sejujurnya tempat ini adalah sesuai untuk anda.




Malah resort ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh anda lakukan sepanjang menginap di resort ini. Jika anda dari golongan yang minat dengan aktiviti lasak, bolehlah mengikuti aktiviti seperti jungle trackking, night trackking, abseiling, river crossing, canoing, flying fox dan banyak lagi. Selain itu anda juga boleh bermain sepak takraw, bola tampar, tenis dan bersiar-siar di sekitar resort ini.




Terdapat juga taman air, restoran dan medan selera. Yang pasti kunjungan anda ke sini menjanjikan satu percutian yang amat menyeronokkan dan bermakna.



Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Peladang Setiu Agro Resort.

Ceritera 103 : Bau Asap Eeh



Kalau anda nak tahu, sebuah gerai yang dinamakan 'Bau Asap Eeh' merupakan salah satu gerai yang sentiasa penuh dengan para pengunjung yang terletak di Pulau Kerengga, laluan Dungun-Terengganu. Memang tak dinafikan sinngah kat sini mesti anda semua bau asap malah turut bau kuih yang dibakar. Wangi...............Sudah tentu kerana gerai ini menjual pelbagai kuih tradisional iaitu akok, kuih bakar pandan, kuih bakar pandan dan beke. Semuanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Tak rugi kalau anda singgah beli lagipun semuanya sedap.

Penulis dan keluarga sering kali singgah di gerai ini disebabkan akoknya yang begitu sedap apatah lagi dimakan masa panas-panas. Kami sekeluarga juga selalu singgah tanpa dapat membeli apa yang kami inginkan kerana kuih-kuih di gerai ini sememangnya diminati dan selalu habis awal. Kalau teringin nak makan kuih-kuih traditional Terengganu, jangan lupa singgah.



Wednesday, July 14, 2010

Ceritera 102 : Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah

Selain pusat santuari penyu yang terletak di Rantau Abang, satu lagi yang dibina iaitu terletak di Kemaman yang dikenali sebagai Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah. Dengan adanya pusat santuari ini orang ramai boleh melihat pelbagai spesis penyu yang mendarat di pantai berdekatan ketika musim penyu bertelur. Sekaligus untuk memelihara hidupan ini daripada pupus dan ancaman luar.


Jadi kalau anda yang belum pernah melihat penyu bertelur, bolehlah mengambil peluang untuk bercuti di Kemaman agar percutian anda lengkap dengan pengalaman melihat penyu-penyu mendarat. Di sini juga disediakan pameran dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyu untuk para pengunjung. Tetapi biasanya penyu-penyu akan naik ke darat untuk bertelur antara bulan Mei hingga Ogos. Jadi kalau nak tengok penyu naik ke pantai, biarlah bersesuaian dengan musimnya.


Ceritera 101 : Makam Sultan Yahya Siak

Jika anda minat dengan sejarah-sejarah, sambil bercuti di Dungun, Terengganu jangan lupa untuk ke Makam Sultan Yahya Siak yang terletak di Kg. Che Lijah, Dungun. Jika anda dari bandar Dungun -Terengganu, anda harus masuk simpang ke kiri jalan apabila melihat papan tanda ke Bukit Besi atau ke Al-Muktafi Billah Shah. Lokasi makam ini sememangnya mudah untuk ditemui kerana terdapat papan tanda arah menuju ke makam ini.




Sedikit sejarah baginda. Baginda menaiki takhta kerajaan Siak selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Ismail pada tahun 1782. Semasa pemerintahan beliau telah berlaku perebutan kuasa dengan Raja Alam. Melalui muslihatnya Raja Alam telah berjaya merampas takhta dari Sultan Yahya. Baginda hanya sempat memerintah selama 2 tahun. Oleh itu Sultan Yahya telah berundur ke Kertih kemudian ke Tanjung Pati, Dungun. Baginda telah mangkat di Dungun dan dimakamkan di Tanak Perkuburan Islam Kampung Che Lijah, Dungun pada tahun 1784.

Tuesday, July 13, 2010

Ceritera 100 : Santuari Gajah, Sg.Ketiar

Dah datang ke Tasik Kenyir, jangan lupa untuk ke Santuari Gajah yang terletak di Sg,Ketiar Tasik Kenyir. Santuari Gajah ini mempunyai keluasan 15,000 hektar dan terletak berdekatan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut.



Jarak dari bandar Kuala Terengganu ialah 140km, dari bandar Kuala Berang pula lebih kurang 85km manakala jarak dari Pengkalan Gawi ialah 55km. Santuari ini sememangnya menjadi tarikan para pengunjung samada dari warga setempat malah pelancong dalam dan luar negara.

Ia dibuka setiap hari iaitu pada pukul 9 pg- 6 ptg. Santuari ini dibina untuk melindungi hidupan liar dan gajah-gajah ini ditangkap dan diambil dari beberapa kawasan. Gajah-gajah ini akan diberi latihan khas untuk memudahkan komunikasi antara penjaga dan memberi persembahan kepada para pengunjung.


Orang ramai yang datang berkunjung bukan setakat boleh melihat persembahan malah boleh menunggang gajah-gajah yang ada di santuari ini. Malah tiada bayaran yang diambil untuk menunggang gajah tersebut. Anda bolehlah membawa keluarga dan anak-anak ke santuari ini untuk mengisi masa cuti anda.


Ceritera 99 : Berkelah di Air Terjun Menderu

Anda pernah sampai di Air Terjun Menderu? Kalau belum, jom kita ke Air Terjun Menderu. Air Terjun Menderu ini sememangnya cukup dikenali terutamanya oleh penduduk setempat iaitu terletak di Kerteh, Kemaman.

Jika anda melalui jalan dari bandar Kemaman- Dungun, setibanya anda di Kertih, Kemaman anda akan lihat papan tanda ke Air Terjun Menderu yang terletak di sebelah kiri jalan. Teruskan perjalanan anda dengan mengikut arah papan tanda yang telah disediakan.



Jika anda ingin melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan, ambillah kesempatan untuk ke Air Terjun Menderu ini. Yang pasti perkelahan anda amat bermakna. Selain berkelah dan bermandi-manda, anda boleh melakukan aktiviti berkhemah dan barbeku.

Kawasannya yang amat landai juga sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. Airnya yang tenang dan jernih semestinya memberi keseronokan kepada anda semua yang datang berkunjung ke sini.



Selain itu, pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung seperti pondok rehat, surau, tandas dan bangku. Di sekitar bandar Kerteh juga terdapat banyak tempat penginapan untuk menginap.

Rancang percutian anda dari sekarang.


Monday, July 12, 2010

Ceritera 98 : Air Terjun Jeram Penitih

Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dijadikan destinasi perkelahan ialah Air Terjun Jeram Penitih yang terletak di Seri Bandi, Kemaman. Buat pengetahuan Air Terjun Jeram Penitih ini mempunyai lapan tingkat air terjun yang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang begitu mengagumkan.



Airnya yang jernih dan tenang sememangnya sesuai untuk bermandi-manda dan berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Kawasan ini juga dikelilingi hutan rimba yang mempunyai pelbagai spesis pokok dan tumbuhan. Ia juga menjadi tumpuan orang ramai yang gemar melakukan aktiviti kembara di sekitar hutan ini.

Anda yang belum pernah datang ke sini, apa tunggu lagi. Cuti buat kali ini, apakata anda ke Air Terjun Jeram Penitih yang terletak di Kemaman.


Ceritera 97 : Keropok Lekor 008 Kelulut


Penulis percaya ramai yang dah tahu apa yang paling famous kat Terengganu. Salah satunya tentulah keropok lekor. Sampainya anda di negeri ini, anda takkan terlepas dengan kedai-kedai yang menjual keropok lekor samada di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan semua daerah di negeri ini.

Dan kali ini penulis ingin berkongsi mengenai satu tempat yang terkenal dan sentiasa penuh dikunjungi iaitu Keropok Lekor 008 yang terletak di Kelulut, Marang, Terengganu. Jika anda dari Kuantan- Terengganu, kedai ini berada di sebelah kiri anda. Memang senang sangat nak jumpa.



Bagi penulis sendiri, keropok lekor yang dihasilkan di sini sememangnya lain daripada yang lain. Keenakannya susah untuk digambarkan yang pasti rasa sekali mesti nak lagi. Kalau lewat seminit sahaja alamatnya anda semua takkan dapat merasa keropok lekor yang istimewa ini kerana jualannya sentiasa laris dan kebiasaanya memang cepat habis.

Di samping menjual keropok lekor, makanan lain yang dijual seperti pencicah, sotong kering, keropok keping, keropok sira dan macam-macam lagi. Anda juga boleh menikmati hidangan keropok di kedai ini kerana ia juga menyediakan gerai makan untuk para pengunjung.


Jadi alang-alang dah lalu jangan lupa pula singgah. Anda takkan menyesal. Memang sedap tak terkata jadi yang belum mencuba ambillah kesempatan untuk ke kedai ini.