Telaga Simpul merupakan satu tempat bersejarah kerana ketika dahulu pernah menjadi persinggahan bagi pelayar dan pedagang untuk berhenti berehat. Untuk ke tempat ini, jika anda dari bandar Kemaman hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Buat pengetahuan, Telaga Simpul wujud akibat aliran mata air yang mengalir dari atas bukit dan mula bertakung di kaki bukit itu sehingga menjadi seperti sebuah kolam. Airnya yang dikatakan tidak pernah kering dan jernih sehingga kini menyebabkan ia dipanggil telaga.
Tempat ini sentiasa mendapat kunjungan tidak kira masa samada warga setempat atau kunjungan luar. Jika anda belum pernah datang dan ingin melihat sendiri tempat ini bolehlah ke Kemaman. Lagipun kawasan ini terletak berhampiran dengan Pantai Marina, Kemaman. Jadi dalam waktu yang sama anda boleh berkunjung ke pantai ini untuk berehat bersama keluarga atau teman-teman.
No comments:
Post a Comment