Laman Utama

Tuesday, July 13, 2010

Ceritera 100 : Santuari Gajah, Sg.Ketiar

Dah datang ke Tasik Kenyir, jangan lupa untuk ke Santuari Gajah yang terletak di Sg,Ketiar Tasik Kenyir. Santuari Gajah ini mempunyai keluasan 15,000 hektar dan terletak berdekatan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut.



Jarak dari bandar Kuala Terengganu ialah 140km, dari bandar Kuala Berang pula lebih kurang 85km manakala jarak dari Pengkalan Gawi ialah 55km. Santuari ini sememangnya menjadi tarikan para pengunjung samada dari warga setempat malah pelancong dalam dan luar negara.

Ia dibuka setiap hari iaitu pada pukul 9 pg- 6 ptg. Santuari ini dibina untuk melindungi hidupan liar dan gajah-gajah ini ditangkap dan diambil dari beberapa kawasan. Gajah-gajah ini akan diberi latihan khas untuk memudahkan komunikasi antara penjaga dan memberi persembahan kepada para pengunjung.


Orang ramai yang datang berkunjung bukan setakat boleh melihat persembahan malah boleh menunggang gajah-gajah yang ada di santuari ini. Malah tiada bayaran yang diambil untuk menunggang gajah tersebut. Anda bolehlah membawa keluarga dan anak-anak ke santuari ini untuk mengisi masa cuti anda.


No comments:

Post a Comment