Laman Utama

Tuesday, July 6, 2010

Ceritera 84 : Nak Makan Satar ???

Apabila anda berkunjung ke Terengganu jangan lupa untuk membeli satar yang cukup dikenali di sekitar negeri ini. Salah satunya adalah terletak di Kemaman iaitu Warung Aziz Satar, Geliga. Kedai ini sentiasa mendapat kunjungan tidak kira waktu samada dari warga setempat ataupun orang luar. Ramai yang pernah datang ke sini berpendapat satar yang dijual disini sememangnya lain daripada yang lain. Rasanya yang sedap bersesuaian pula dengan harganya yang begitu murah.



Malah bukan itu sahaja tetapi ada juga dijual pulut panggang dan otak-otak.
Antara tempat-tempat dan kedai-kedai yang menjual satar di sekitar Terengganu ialah Pasar Besar Kedai Payang, pasar malam, sekitar pantai di Geliga, Kg.Kelulut di Marang dan banyak lagi. Anda yang belum pernah mencubanya jangan lupa untuk membeli dan merasa keenakan satar dari Terengganu. Rasa sekali mesti nak lagi.


No comments:

Post a Comment