Laman Utama

Thursday, July 1, 2010

Ceritera 73 : Terpukau Keindahan Pantai Teluk Bidara





Pantai Teluk Bidara juga merupakan salah satu pantai yang ada di daerah Dungun. Ia terletak di Seberang Pintasan, Dungun.

Air laut yang jernih dan menenangkan sudah pasti menambat hati para pengunjung sekaligus sesuai untuk bermandi-manda.



Bukan setakat itu sahaja, bahkan pasir pantainya yang bersih dan halus memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk berehat dan bermain di pantai.

Sambil menikmati suasana di Pantai Teluk Bidara ini, para pengunjung boleh berehat dan bersantai bersama kelurga di gazebo yang disediakan. Dari pantai ini juga kelihatan dari jauh pulau yang tersergam indah iaitu Pulau Tenggol dan Nyireh. Di sekitar kawasan berhampiran pantai ini juga terdapat banyak penginapan yang disediakan antaranya Awang Beach Resort dan Tanjung Jara Resort. Rugi kalau tak ke sini. Kalau ada masa terluang, datanglah.


No comments:

Post a Comment