Laman Utama

Monday, July 5, 2010

Ceritera 81 : Piala Monsoon / Monsoon Cup


Untuk pengetahuan, Monsoon Cup adalah pertandingan kapal layar dan merupakan acara peringkat antarabangsa yang diadakan setiap tahun di Terengganu. Kebiasaannya acara penuh gemilang ini diadakan pada hujung tahun kerana ketika itu adalah masa yang paling sesuai. Tempat berkumpul untuk Monsoon Cup sudah tentu di Pulau Duyong.

Acara ini telah diadakan sejak tahun 2005 dan sentiasa menjadi tumpuan warga tempatan dan luar negara. Untuk menginap, para pengunjung boleh ke RI-YAZ Heritage Marina Resort & Spa, Primula Beach Resort dan mana-mana penginapan yang berdekatan.





Acara ini juga mempunyai banyak kategori pertandingan antaranya ialah Kejohanan Kapal Layar Piala Teluk Warisan (HBC - Heritage Bay Cup) - kejohanan bertaraf novis yang dianjurkan bagi memperkenalkan perlumbaan kapal layar kepada rakyat tempatan dan Kejuaraan Perlumbaan Malaysia (MMRC - Malaysian Match Racing Championship).

Anda yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini dan berminat bolehlah menyertainya dan datang berkunjung ke sini untuk melihat sendiri suasana semasa pertandingan berlangsung. Tunggu kemunculannya pada tahun ini.
Anda boleh melayari laman web Monsoon Cup untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment