Tasik Kenyir sememangnya dikenali ramai tetapi kali ini penulis ingin berkongsi mengenai satu tempat menarik yang terletak berhampiran dengan tasik ini. Ia dikenali sebagai Gua Bewah dan juga merupakan gua batu kapur yang mempunyai bentuk dan formasi stalaktit dan stalagmit yang unik seperti bentuk burung unta dan lembaga manusia yang sedang sujud. Gua ini sememangnya menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah berdasarkan pelbagai bentuk penemuan yang diperolehi.
Sehingga kini pakar penyelidik masih meneruskan kajian untuk merungkai sejarah yang masih tersimpan supaya maklumat yang diperolehi dapat didokumentasi dan dikongsi bersama-sama. Pelbagai artifak yang telah berjaya ditemui antaranya rangka manusia, kulit siput, tulang haiwan, lembing batu, tanduk kambing, alat batu jenis Sumatralith, pisau batu, batu pengetuk, batu pelandas, sisa tanah liat yang dibakar dan banyak lagi.
Para pengunjung yang berminat untuk melihat keunikan gua ini perlu mendaki 240 anak tangga untuk ke pintu gua sebelum dapat merasai suasana udara sejuk di dalam gua ini. Di dalam gua ini juga disediakan laluan yang selesa dan cahaya lampu untuk memudahkan para pengunjung menerokai keseluruhan gua ini. Namun para pengunjung boleh membawa lampu suluh kerana tidak semua kawasan di dalam gua ini disediakan lampu.
Anda boleh menginap mana-mana penginapan yang ada di sekitar Tasik Kenyir seperti Kenyir Lake View Resort, Sekayu Rest House, Chalet Perhilitan dan banyak lagi. Mereka yang berminat untuk mengunjunginya boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan menaiki rumah bot untuk ke gua berkenaan menerusi ejen yang disediakan iaitu Bahtera Petang Houseboat. Kepada yang berminat untuk berkunjung ke gua ini bolehlah melayari laman web Tasik Kenyir untuk membuat tempahan.

No comments:
Post a Comment