Laman Utama

Friday, July 2, 2010

Ceritera 74 : Dari Daratan Pulau Tenggol Kelihatan




Anda pernah sampai di Pulau Tenggol? Kalau nak tahu pulau ini terletak di daerah Dungun. Tidak dinafikan pulau ini adalah sebuah pulau kecil tetapi tidak terlepas daripada menjadi tumpuan oleh penyelam-penyelam. Untuk ke pulau yang mempesonakan ini perjalanan dengan menaiki bot dari Jeti Kuala Dungun hanya mengambil masa lebih kurang 45minit sahaja.


Pulau ini mempunyai resort yang cukup selesa untuk para pengunjung. Untuk memudahkan perjalanan percutian anda, seeloknya anda disarankan menempahnya berdasarkan pakej-pakej yang disediakan. Restoran juga disediakan di pulau ini.





Selain aktiviti yang paling digemari oleh para pengunjung iaitu scuba diving, aktiviti snorkeling juga tidak ketinggalan. Kalau anda dari golongan pencinta kehidupan laut bolehlah mengambil peluang untuk datang ke sini. Pelbagai kehidupan laut dapat anda terokai dengan pelbagai spesis ikan, batu karang dan banyak lagi.

Para pengunjung juga boleh bersantai sambil menikmati suasana di pantai yang bersih ini. Seperti di pantai dan pulau lain, para pengunjung boleh bermandi-manda di sini sepuas-puasnya. Jadi apa lagi jom kita bercuti di Pulau Tenggol, Dungun.


No comments:

Post a Comment