Laman Utama

Wednesday, July 7, 2010

Ceritera 86 : Jom Makan Sate Jabi




Apabila anda sampai di Kg.Jabi, Jerteh, jangan lupa untuk singgah di Kak Mah Sate Jabi. Buat pengetahuan anda kedai sate Kak Mah ini sememangnya terkenal dengan keenakan sate yang dijual kerana rasanya yang lain daripada yang lain.

Sate di sini memang sedap, rugi kalau tak mencuba. Samada siang ataupun malam kedai ini sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai samada yang ingin menikmatinya di kedai ini atau membeli untuk dibawa pulang malah tempahan juga diterima.

Lambat datang mesti tak sempat nak merasa sebabnya cepat habis. Jadi jika perjalanan anda melalui Jerteh ataupun anda sekeluarga sudah merancang untuk ke sini, jangan lengah-lengahkan. Siapa cepat dia dapat.


No comments:

Post a Comment