Laman Utama

Thursday, July 8, 2010

Ceritera 88 : Pulau Rhu Hentian


Untuk ke Pulau Rhu Hentian, dari Jeti Kuala Besut perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit sahaja dengan menggunakan bot laju. Pulau ini juga terkenal dengan keindahannya dengan dikelilingi flora dan fauna ditambah pula dengan pelbagai kehidupan laut yang unik dan menarik serta pasir pantai yang bersih.

Anda yang gemar melakukan aktiviti lasak boleh mencuba unutk mengalami sendiri apabila berada di pulau ini. Aktiviti yang biasa dilakukan oleh para pengunjung adalah seperti berkayak, menjelajah hutan malah anda boleh berkhemah di tepi pantai. Anda boleh bersantai dan menikmati keindahan pulau ini sepuas-puasnya.

Antara penginapan yang disediakan adalah seperti Rhu Hentian Resort, Primula Coral View dan banyak lagi. Semua penginapan yang disediakan terdapat restoran atau kafetaria untuk anda menikmati pelbagai juadah. Mulalah merancang percutian anda. Jadikan pulau ini sebagai destinasi anda seterusnya.



No comments:

Post a Comment