Laman Utama

Monday, July 12, 2010

Ceritera 97 : Keropok Lekor 008 Kelulut


Penulis percaya ramai yang dah tahu apa yang paling famous kat Terengganu. Salah satunya tentulah keropok lekor. Sampainya anda di negeri ini, anda takkan terlepas dengan kedai-kedai yang menjual keropok lekor samada di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan semua daerah di negeri ini.

Dan kali ini penulis ingin berkongsi mengenai satu tempat yang terkenal dan sentiasa penuh dikunjungi iaitu Keropok Lekor 008 yang terletak di Kelulut, Marang, Terengganu. Jika anda dari Kuantan- Terengganu, kedai ini berada di sebelah kiri anda. Memang senang sangat nak jumpa.



Bagi penulis sendiri, keropok lekor yang dihasilkan di sini sememangnya lain daripada yang lain. Keenakannya susah untuk digambarkan yang pasti rasa sekali mesti nak lagi. Kalau lewat seminit sahaja alamatnya anda semua takkan dapat merasa keropok lekor yang istimewa ini kerana jualannya sentiasa laris dan kebiasaanya memang cepat habis.

Di samping menjual keropok lekor, makanan lain yang dijual seperti pencicah, sotong kering, keropok keping, keropok sira dan macam-macam lagi. Anda juga boleh menikmati hidangan keropok di kedai ini kerana ia juga menyediakan gerai makan untuk para pengunjung.


Jadi alang-alang dah lalu jangan lupa pula singgah. Anda takkan menyesal. Memang sedap tak terkata jadi yang belum mencuba ambillah kesempatan untuk ke kedai ini.


No comments:

Post a Comment