Kalau anda ke Kemaman ataupun melalui jalan dari Terengganu-Kemaman-Kuantan atau sebaliknya, jangan lupa untuk ke Pantai Kemasik. Pantai Kemasik juga merupakan salah satu pantai yang cantik dan menarik yang terletak di daerah Kemaman.
Setiap hari pantai ini sememangnya tidak lekang daripada kunjungan orang ramai apatah lagi di hujung minggu. Keindahan pantai ini yang bersih dan dipenuhi dengan batu-batu yang cantik dan menarik sememangnya sesuai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga tercinta dan teman-teman.
Selain itu pantai ini juga menjadi tumpuan photographer membuat penggambaran di sekitar pantai ini dan tidak ketinggalan juga sentiasa menjadi lokasi penggambaran pengantin untuk melakar memori indah di pantai ini.
Para pengunjung juga boleh menikmati hidangan seperti air batu campur, air cendol, keropok goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi di kedai makan yang ada di sekitar pantai ini. Terdapat juga taman permainan dan pondok rehat yang disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung. Anda yang datang dari jauh boleh menginap samada di Awana Kijal atau penginapan di bandar Kemaman. Nikmatilah keindahan dan ketenangan di Pantai Kemasik.

No comments:
Post a Comment