Laman Utama

Saturday, July 3, 2010

Ceritera 78 : Pulau Gemia




Sebelum ini penulis pernah menceritakan mengenai keindahan Pulau Kapas yang terletak di daerah Marang. Kalau anda nak tahu berhampiran dengan Pulau Kapas terdapat satu pulau yang dikenali sebagai Pulau Gemia. Untuk ke pulau ini para pengunjung boleh ke Jeti Marang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit dengan menaiki bot laju.



Pulau ini tidak kurang hebatnya dengan pulau lain dengan memiliki pasir pantai yang bersih dan halus, dikelilingi air yang jernih dan tenang, penuh dengan kehidupan laut serta bertemankan suasana yang nyaman. Percutian anda ke sini bersama keluarga atau teman-teman pasti menyeronokkan.

Di pulau ini terdapat penginapan yang dinamakan sebagai Gem Wellness Spa & Island Resort. Ia menawarkan pelbagai pakej menarik dengan harga yang berpatutan dan sering menawarkan pakej istimewa seperti pakej bulan madu. Dengan lokasinya berhampiran dengan pantai pasti membawa seribu kenangan untuk anda semua. Sememangnya sesuai untuk bercuti dan berehat bersama keluarga atau teman-teman.




Setelah puas bersantai di balkoni penginapan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti selain menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Contohnya snorkelling, scuba diving, jungle trekking, spa, berenang, kayak, memancing, dan melihat penyu. Di sekitar pulau ini juga terdapat restoran dan kafeteria yang menyediakan pelbagai hidangan.


Malah terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati untuk dijadikan kenangan dan dibawa pulang. Jadi apa lagi. Jika anda belum memutuskan untuk ke mana pada percutian yang akan datang bolehlah mula merancang untuk bercuti di Pulau Gemia Terengganu. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman web Pulau Gemia.


No comments:

Post a Comment