Anda pernah datang ke Merang Suria Resort? Ataupun anda belum pernah mendengar mengenai Merang Suria Resort? Dan untuk pengetahuan anda Merang Suria Resort terletak di Setiu, Terengganu dan ia merupakan salah satu resort yang ada di sekitar daerah ini. Kawasannya yang dikelilingi laut dan hutan sudah pasti dapat memikat anda untuk bercuti disini lebih lama.
Jadi jika anda berkunjung ke Terengganu untuk bercuti dan masih tertanya-tanya dimanakah lokasi yang sesuai untuk menginap, anda bolehlah datang ke Merang Suria Resort. Yang pasti angan-angan anda selama ini akan menjadi kenyataan.
Dengan panorama laut yang terbentang luas akan memberi keseronokan dan keselesaan kepada anda semua. Bilik penginapan yang ditawarkan mempunyai pelbagai jenis mengikut citarasa para pengunjung dengan harga yang berpatutan.
Kebiasaannya resort ini menawarkan pakej promosi seperti sempena cuti sekolah, bulan madu dan banyak lagi. Selain berehat dan bersantai di tepi pantai, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain antaranya water skiing, canoeing, dan jet skiing.
Bukan setakat itu sahaja para pengunjung juga boleh mengisi masa dengan melakukan aktiviti lasak seperti abseiling, flying fox, volleyball dan banyak lagi. Sambil berehat di pantai tidak ketinggalan juga perkara yang paling menarik boleh dilakukan ialah melihat matahari terbit dan terbenam. Sudah pasti saat ini dinantikan oleh kebanyakkan pengunjung untuk melihat sendiri pemandangan indah ini.
Para pengunjung juga boleh menyewa mana-mana perkhidmatan yang disediakan antaranya dewan, jakuzi, bilik karaoke, kayak dan pelbagai lagi. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Di resort ini juga terdapat kafeteria dan restoran yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan barat. Di luar kawasan ini juga terdapat banyak kedai dan restoran yang boleh anda kunjungi.
Jadi anda semua tidak perlu bimbang mengenai sajian untuk mengisi perut. Yang pasti percutian dan kunjungan anda bersama keluarga atau rakan-rakan ke sini akan menggamit seribu kenangan dan memori indah. Kepada anda yang belum memutuskan untuk ke lokasi mana pada kali ini, bolehlah datang bercuti dan menginap disini. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web Merang Suria Resort & Hotel.

No comments:
Post a Comment