Laman Utama

Thursday, July 15, 2010

Ceritera 104 : Menginap di Peladang Setiu Agro Resort



Untuk berehat dan bebas daripada kesibukan kota, Peladang Agro Resort Setiu salah satu destinasi yang amat sesuai untuk dikunjungi. Resort ini terletak di Guntung, Setiu dan jarak dari bandar Permaisuri ialah 13km manakala dari Kuala Terengganu pula ialah lebih kurang 90km.

Apabila anda sampai ke resort ini, anda akan disambut dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan hutan tropika. Dengan deretan chalet terapung yang dikelilingi kawasan kebun semestinya memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda yang datang berkunjung ke sini. Kepada pencinta alam, sejujurnya tempat ini adalah sesuai untuk anda.




Malah resort ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh anda lakukan sepanjang menginap di resort ini. Jika anda dari golongan yang minat dengan aktiviti lasak, bolehlah mengikuti aktiviti seperti jungle trackking, night trackking, abseiling, river crossing, canoing, flying fox dan banyak lagi. Selain itu anda juga boleh bermain sepak takraw, bola tampar, tenis dan bersiar-siar di sekitar resort ini.




Terdapat juga taman air, restoran dan medan selera. Yang pasti kunjungan anda ke sini menjanjikan satu percutian yang amat menyeronokkan dan bermakna.



Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Peladang Setiu Agro Resort.

No comments:

Post a Comment