Laman Utama

Tuesday, July 13, 2010

Ceritera 99 : Berkelah di Air Terjun Menderu

Anda pernah sampai di Air Terjun Menderu? Kalau belum, jom kita ke Air Terjun Menderu. Air Terjun Menderu ini sememangnya cukup dikenali terutamanya oleh penduduk setempat iaitu terletak di Kerteh, Kemaman.

Jika anda melalui jalan dari bandar Kemaman- Dungun, setibanya anda di Kertih, Kemaman anda akan lihat papan tanda ke Air Terjun Menderu yang terletak di sebelah kiri jalan. Teruskan perjalanan anda dengan mengikut arah papan tanda yang telah disediakan.



Jika anda ingin melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan, ambillah kesempatan untuk ke Air Terjun Menderu ini. Yang pasti perkelahan anda amat bermakna. Selain berkelah dan bermandi-manda, anda boleh melakukan aktiviti berkhemah dan barbeku.

Kawasannya yang amat landai juga sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. Airnya yang tenang dan jernih semestinya memberi keseronokan kepada anda semua yang datang berkunjung ke sini.



Selain itu, pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung seperti pondok rehat, surau, tandas dan bangku. Di sekitar bandar Kerteh juga terdapat banyak tempat penginapan untuk menginap.

Rancang percutian anda dari sekarang.


No comments:

Post a Comment