Laman Utama

Tuesday, July 6, 2010

Ceritera 83 : Keenakan Lompat Tikam

Ada yang tak kenal ke 'LOMPAT TIKAM'? Lompat tikam adalah sejenis kuih traditional yang terkenal di Malaysia terutamanya negeri Pantai Timur. Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan.


Kalau penulis makan kuih ini, mesti habiskan yang lapisan warna putih. Walaupun tawar tetapi bila makan dengan air nisan amat menyelerakan. Kalau anda dari golongan yang suka dengan kuih yang manis-manis bolehlah mencuba untuk makan kuih ini.

Untuk memperolehi kuih ini apabila berkunjung ke Terengganu sememangnya mudah kerana boleh dikatakan banyak kedai atau gerai yang ada menjual kuih ini terutamanya pasar besar, pasar malam dan kedai makan.


No comments:

Post a Comment