Laman Utama

Sunday, July 4, 2010

Ceritera 79 : Taman Burung Kuang Ajil

Buat pengetahuan anda di Kuala Berang terdapat satu taman burung yang terbesar di Malaysia iaitu Taman Burung Kuang Ajil dan disahkan dalam Malaysia Book of Records. Taman ini terletak di Ajil, Kuala Terengganu. Terdapat lebih daripada 40 spesis burung dan merak yang diperolehi dari dalam dan luar negara. Untuk ke taman ini perjalanan dari Kuala Berang mengambil masa selama 35 minit. Kicauan burung yang pelbagai rupa dan warna dapat menyerikan suasana di sekitar taman ini.



Taman ini akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari dan bayaran yang dikenakan untuk orang dewasa hanya RM6 dan bagi kanak-kanak pula sebanyak RM4 sahaja. Selain pelbagai spesis burung dan merak, haiwan kecil juga ditempatkan di sini antaranya ialah pelanduk, rusa, landak dan banyak lagi. Jika anda adalah dari golongan penggemar burung bolehlah mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Taman Burung Kuang Ajil ini.


No comments:

Post a Comment