Pantai Penarik terletak di Setiu dan jarak dari Bandar Kuala Terengganu lebih kurang 90km. Pantai ini juga sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat dan berkelah bersama keluarga atau teman-teman.
Pasir pantai yang bersih dengan tiupan angin dan dipenuhi pokok kelapa sememangnya sesuai untuk berehat dan melapangkan fikiran. Kawasannya yang luas dengan pelbagai kemudahan yang disediakan akan memberi keselesaan kepada para pengunjung. Antaranya ialah pondok rehat dan taman permainan malah di sekitar pantai ini juga terdapat banyak gerai-gerai yang menjual minuman dan pelbagai aneka makanan.
Untuk pengetahuan di kawasan ini amat terkenal dengan makanan seperti sotong dan ikan celup tepung, keropok goreng dan air kelapa. Boleh dikatakan setiap hari pada waktu petang kedai-kedai yang ada sepanjang jalan di pantai ini tidak akan lekang dengan kunjungan orang ramai samada yang datang dari dekat atau jauh. Dengan makanan yang masih panas dan air kelapa yang 'fresh' semestinya menambah selera anda untuk menikmati hidangan ini di petang hari.
Di sekitar kawasan ini juga terdapat penginapan yang disediakan untuk para pengunjung iaitu Penarik Inn dan yang berhampiran dengannya seperti Nelayan Inn, Kembara Resort dan banyak lagi. Jom kita ke Pantai Penarik.

No comments:
Post a Comment