Laman Utama

Saturday, July 3, 2010

Ceritera 76 : Berkelah di Hutan Lipur Lata Tembakah

Hutan Lipur Lata Tembakah adalah antara kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk berehat seisi keluarga dan teman-teman. Hutan lipur ini terletak di Hulu Besut dan dari bandar Besut mengambil masa selama 20 minit. Jarak dari bandar Kuala Terengganu pula lebih kurang 130km.




Hutan lipur ini sememangnya terkenal dengan pelbagai spesis tumbuhan yang wujud sejak ratusan tahun lagi dan tidak ketinggalan juga kerana air terjunnya yang mengagumkan dan jernih. Air Terjun Lata Tembakah mempunyai 7 tingkat dan semua kawasan adalah sesuai untuk bermandi-manda dan berkelah. Selain itu, para pengunjung yang gemar dengan aktiviti pengembaraan boleh melakukan aktiviti meredah hutan dengan menerokai rimba yang luas dan menghijau.


Selain kedai makan dan kedai cenderahati, di sini juga terdapat pelbagai kemudahan lain seperti tandas dan bilik persalinan. Di sekitar kawasan ini juga terdapat beberapa penginapan yang selesa antaranya ialah Demong Beach Resort, Primula Coral View, Bukit Keluang Beach Resort dan banyak lagi. Apabila anda bercuti ke Terengganu bolehlah berkunjung ke Hutan Lipur Lata Tembakah untuk berkelah dan berehat bersama keluarga tercinta atau teman-teman.


No comments:

Post a Comment