Laman Utama

Sunday, July 18, 2010

Ceritera 109 : Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu

Di Terengganu ini terdapat satu stesen bas utama yang lebih dikenali sebagai Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu atau lebih dikenali MPKT. Stesen inilah satu-satunya dijadikan pusat utama samada menaiki bas ekspress atau bas henti-henti.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk orang ramai iaitu tempat duduk, tempat menyimpan barang, surau dan tandas. Malah di sini juga terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan seperti roti canai, nasi lemak, nasi dagang, nasi ayam, nasi berlauk, mee changlun, mee sup, burger dan banyak lagi.



Malah bukan itu sahaja, jika anda sampai di stesen ini sudah pasti anda akan melihat kedai-kedai di tingkat atas stesen ini yang kebanyakkannya menjual pakaian wanita, pakaian lelaki, tudung, selendang dan kasut. Selain itu terdapat kedai menjahit baju, kedai cenderamata, kedai peralatan perkahwinan, kedai baju pengantin dan banyak lagi. Jadi, sementara menunggu giliran anda untuk menaiki bas, anda boleh ke medan selera dan kedai-kedai berdekatan.




2 comments:

  1. erm....btol2...

    MBKT salah satu tempat utk sy shopping..
    especially..shopping tudung..mcm syurga tudung pn ade..heheh...bnyk pilihan yg menarik..x plu ke tempat lain. save ur time, juz gi MBKT jr..

    ReplyDelete
  2. yup...betul tu.bnyak benda blh shopping kat mpkt ni..bukan setakat nak tunggu naik bas jer...mcm2 ade..

    ReplyDelete