Laman Utama

Wednesday, July 7, 2010

Ceritera 85 : Marang Village Resort & Spa



Marang Village Resort & Spa terletak di Kg.Kelulut, Marang dan berdekatan dengan kawasan jualan air nira dan jarak dari bandar Kuala Terengganu kira-kira 25 kilometer. Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik seperti bilik bujang dan bilik keluarga dengan harga yang berpatutan dari RM 80.00 hingga RM 130.00. Selain itu ia turut menawarkan kemudahan samada untuk bengkel, kursus atau seminar dengan kemudahan dewan seminar yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa.


Bukan itu sahaja tetapi resort ini juga menyediakan perkhidmatan spa yang disediakan khas untuk para pengunjung dengan menawarkan pelbagai pakej menarik. Para pengunjung bolehlah berehat dengan memanjakan diri di spa ini. Apa yang menariknya, resort ini juga menyediakan pakej istimewa untuk para pengunjung antaranya pakej ke Pulau Kapas, Tasik Kenyir dan banyak lagi.

Dengan pelbagai kemudahan dan pakej menarik yang ditawarkan oleh resort ini pasti dapat memuaskan hati anda semua apabila datang ke Marang Village. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Marang Village atau terus berkunjung ke resort ini.


No comments:

Post a Comment