Laman Utama

Friday, June 4, 2010

Ceritera 24 : Istana Maziah Tersergam Indah




Gambar di atas adalah pintu utama masuk ke Istana Maziah yang terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu dan sebelum ini penulis ada menceritakan bahawa ia terletak berhampiran Dataran Shahbandar, Jeti Shahbandar dan Bazaar Warisan. Istana Maziah merupakan kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu dan kini digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri antaranya pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan dan seumpamanya.



Secara ringkasnya Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870. Sejak dari itu banyak pengubahsuaian dan penambahbaikan dijalankan sehingga terbinanya istana sekarang yang tersergam indah. Para pengunjung boleh ke Istana Maziah dengan menggunakan Jalan Sultan Zainal Abidin atau Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.


No comments:

Post a Comment