Laman Utama

Friday, June 11, 2010

Ceritera 32 : Lemang Sentiasa Ada


Penulis percaya kebanyakkan daripada anda gemar makan lemang. Lemang merupakan makanan tradisi yang disukai ramai. Kebiasaannya lemang banyak dijual pada musim raya samada Raya Aidil-Fitri atau Aidil-Adha tetapi di Terengganu terdapat satu tempat yang amat popular dengan jualan lemang yang sentiasa dibuka sepanjang tahun.



Tempat ini terletak diantara jalan Kuantan-Terengganu iaitu di Kijal, Kemaman. Terdapat deretan gerai lemang ditepi jalan dan para pengunjung boleh membeli seberapa banyak lemang yang diinginkan. Semestinya lemang amat sedap dan menyelerakan apatah lagi jika dimakan dengan rendang ataupun sambal. Sudah pasti selera anda bertambah-tambah. Jadi jika berkeinginan untuk makan lemang jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kijal untuk membeli lemang.


No comments:

Post a Comment