Laman Utama

Friday, June 11, 2010

Ceritera 31 : Terengganu Ku


Mungkin agak kelewatan tetapi penulis pasti sudah tentu para pengunjung ingin tahu serba sedikit mengenai asal-usul negeri Terengganu Darul Iman ini. Jadi kali ini penulis akan ringkaskan mengenai asal-usul negeri ini berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi. Negeri ini mempunyai 7 daerah dan sememangnya setiap daerah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri dan semestinya sesuai dijadikan destinasi pelancongan anda yang seterusnya.


Berdasarkan peninggalan sejarah pada awalnya Pengasas Kesultanan Terengganu ialah Tun Zainal Abidin (1708-1733) dan sehingga kini takhta kerajaan Terengganu adalah dibawah pemerintahan Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu ke-16 sejak tahun 1998. Baginda juga merupakan Yang dipertuan Agong Ke 13. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik disini.


Terdapat beberapa cerita mengenai asal-usul nama 'Terengganu'. Antaranya nama Terengganu itu dikaitkan dengan "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya". Inilah serba sedikit mengenai sejarah negeri Terengganu.


No comments:

Post a Comment