Laman Utama

Tuesday, June 1, 2010

Ceritera 22 : Budu...Kegemaranku


Budu adalah makanan kegemaranku dan penulis pasti ramai yang menyukainya. Budu atau pun dikenali sos ikan bilis sememangnya terkenal di Malaysia dan dikeluarkan oleh pengusaha dari Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu sahaja banyak pengusaha yang menjalankan perniagaan membuat budu antaranya ialah Budu Cap Limau yang paling diminati oleh penulis iaitu diperbuat dari Besut. Buat pengetahuan semua, budu diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Ia boleh dimakan begitu sahaja atau untuk lebih menyelerakan boleh dicampur dengan lada, mempelam atau perahan limau tetapi bergantung kepada jenis budu tersebut. Kebiasaanya budu digunakan sebagai pencicah yang dimakan bersama-sama ulam serta nasi dan lauk-pauk dan ia dijual dalam bentuk botol yang bersaiz kecil dan besar dengan harga yang begitu murah. Cadangan penulis kalau berkeinginan belilah yang bersaiz besar. Anda tidak akan menyesal lagipun ia boleh disimpan dalam jangka masa yang lama bukan sehari dua. Tambahan lagi budu juga mempunyai banyak khasiatnya.


Boleh dikatakan semua kedai diseluruh Terengganu ada menjual budu samada di pasar-pasar atau Pasar Besar Kedai Payang atau kedai runcit. Senang didapati. Apabila anda singgah sahaja di mana-mana restoran di sekitar Terengganu pasti disediakan makanan sampingan yang paling digemari oleh orang ramai iaitu budu. Ditambah dengan ulam-ulaman pasti selera anda menjamu dengan hidangan nasi bertambah-tambah. Itulah yang paling digemari penulis. Susah untuk melupakan hidangan budu dikala menjamu.

1 comment:

  1. Hai....blh saya tahu..mcm mna nk dptkan budu cap limau ni...

    ReplyDelete