Laman Utama

Saturday, June 26, 2010

Ceritera 59: Tinggalan Sejarah di Bukit Besi


Kali ini penulis ingin berkongsi mengenai sejarah Bukit Besi yang terletak di daerah Dungun. Bukit Besi sememangnya mempunyai sejarah dan keistimewaan tersendiri. Secara ringkasnya Bukit Besi terkenal dengan adanya perlombongan bijih besi. Kawasan perlombongan ini mula beroperasi sebelum tahun 1939 lagi yang telah diselia oleh syarikat dari Jepun iaitu Nippon Mining Company. Bagaimanapun diantara tahun 1945 sehingga 1947 ia diambil alih oleh British dan dijual kepada Eastern Mining dan Metal Company pada 1949.


Dan terdapat landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk mengangkut bijih besi untuk dieksport. Itulah dikatakan keunikan di Bukit Besi kerana sehingga sekarang tapak utama landasan masih kekal malah menjadi satu-satunya landasan keretapi yang wujud di negeri ini sejak dulu hingga kini.


Perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di sini. Oleh itu , kerajaan negeri Terengganu telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun di Bukit Besi. Kemudian kerajaan Terengganu memutuskan untuk menutup perlombongan ini awal 1970 dan sekarang menjadi salah satu tarikan pelancong.


1 comment:

  1. saya pernah tinggal dan bersekolah di sek.keb.bukit besi dlm 1964 to 1967,ayah saya salah seorang pegawai yg bekerja dgn british,pakar dlm menentukan di mana banyak terdapat bijih besi,dgn gaji 2 ribu,kami terdiri golongan kaya,semua rumah percuma lengkap dgn perabut,peti ais yg besar fesen bulat,sangat seronok mengenankan nya,saya mencari kwn2 seankatan dgn saya yg lahir 1957,bersekolah di bukit besi.

    ReplyDelete