Laman Utama

Wednesday, June 9, 2010

Ceritera 28 : Galeri Seni Warisan Terengganu


Mungkin ada dikalangan anda sudah mengetahui kewujudannya dan penulis pasti ada juga yang belum mengetahuinya. Galeri Seni Warisan Terengganu juga merupakan salah satu galeri yang diwujudkan agar seni warisan Terengganu takkan luput dek zaman dan sentiasa diminati sekaligus sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Galeri ini terletak di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Galeri ini dibina adalah berfungsi sebagai pusat pameran, rujukan, pengurusan, jualan, dan bimbingan rekaan kepada pengusaha kraf di Terengganu.


Galeri ini juga menyediakan sudut pameran kepada pengusaha-pengusaha kraf di Terengganu terutama bahan kraf seperti batik, songket, busana muslimah, tembaga, ukiran, anyaman dan sebagainya. Anda yang berkunjung ke sini sudah pasti mendapat banyak kelebihan dan keistimewaannya.


No comments:

Post a Comment