Laman Utama

Tuesday, June 15, 2010

Ceritera 38 : Air Buah Gelas Besar


Adakah anda penggemar air buah? Penulis percaya ramai dikalangan anda gemar minum air buah. Jadi kali ni penulis ingin berkongsi mengenai satu kedai yang cukup popular iaitu di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kedai ini dinamakan 'Air Buah Gelas Besar Terengganu'.


Sebut sahaja mengenai kedai air buah gelas besar sudah pasti terbayang kedai di Batu Rakit ini. Air buah di kedai ini boleh dinikmati dalam 3 jenis saiz gelas iaitu bersaiz kecil, sederhana dan besar. Apa yang istimewa dengan kedai ini? Sudah tentu lain daripada yang lain kerana menyediakan pilihan saiz gelas dengan harga yang murah iaitu kecil (RM1.50), sederhana (RM2.00) dan besar (RM3.00). Tetapi air buah yang dicampur dengan susu harganya ditambah RM0.50.



Lagipun air buah yang disediakan 100% dari buah tanpa sebarang campuran samada pewarna atau perisa. Itulah yang membuatkan air buah ini 'fresh' dan sedap diminum. Antara air buah yang disediakan ialah fresh orange (oren segar), epal, carrot susu, strawberi, belimbing, kurma, pisang, durian belanda, tembikai dan banyak lagi.


Walaupun kedai ini dinamakan kedai air buah tetapi banyak makanan lain dijual disini antaranya nasi/masakan panas, sup, keropok goreng dan sebagainya. Apabila berkunjung ke Terengganu atau ke Batu Rakit jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri air buah di kedai ini.


No comments:

Post a Comment