Bas apa yang paling unik di Malaysia? Bagi penulis bas paling unik di Malaysia ialah semestinya bas bandar di Terengganu kerana ia lain daripada kebanyakkan bas yang ada. Perkhidmatan bas ini telah diperkenalkan sejak 2007 dan beroperasi sehingga kini.
Bas ini mempunyai ciri-ciri ukiran kayu di bahagian badan bas dan tempat duduk yang begitu selesa untuk para penumpang. Ia juga merupakan tarikan para pelancong untuk mencuba menaiki perkhidmatan bas ini. Daripada sumber yang diperolehi sehingga kini terdapat 6 buah bas bandar yang ada di sekitar bandar ini.

Setiap laluan akan membabitkan enam trip pada setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk ke Chendering dan Gong Badak dan dari pukul 11 pagi hingga 4.30 petang untuk ke TTI. Biasanya bas ini akan bermula dari Dataran Shahbandar. Jadi anda boleh terus ke Dataran Shahbandar untuk menaiki bas ini.
No comments:
Post a Comment