Laman Utama

Tuesday, June 22, 2010

Ceritera 51 : Tasik Kenyir...Macam-Macam Ada


Anda rasa nak pergi ke hutan, berehat, mengembara, memancing ataupun melakukan aktiviti yang menarik? Jadi apa lagi jom kita ke Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu dan 55km dari bandar Kuala Terengganu. Ia juga adalah satu tempat yang sesuai untuk pencinta alam untuk melihat sendiri keunikan flora dan fauna di sini. Penulis yakin ramai dikalangan anda kenal dengan tempat ini dan mungkin ada yang belum pernah sampai ke sini tetapi berkeinginan untuk ke sini. Tasik Kenyir paling dikenali dengan aktiviti pancing.

Sememangnya kaki pancing tidak kira dari Terengganu atau yang datang dari jauh tidak akan melepaskan peluang untuk memancing di sekitar tasik ini. Buat pengetahuan tasik buatan ini amat luas dengan dikelilingi hutan rimba yang menghijau dan terjaga ditambah pula dengan adanya 14 air terjun yang pasti mengagumkan. Selain itu dengan pelbagai khazanah dan pelbagai spesis kehidupan air membuatkan anda teruja dan pulang dengan banyak kenangan.


Aktiviti yang boleh anda lakukan selain memancing ialah antaranya berakit, berkayak, bersiar dengan kemudahan bot, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda, bermain golf, BBQ dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh menyewa bot berdasarkan pakej-pakej yang ditawarkan sambil dibawa ke air terjun dan kawasan yang berhampiran.

Antara air terjun yang ada di Tasik Kenyir ini ialah Air Terjun Lasir (paling besar), Air Terjun Tembat, Air Terjun Saok dan banyak lagi. Bukan itu sahaja tetapi disini juga terdapat taman herba, tumbuhan, burung dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua iaitu Gua Bewah dan Gua Taat.Kepada anda yang berminat dengan akiviti lasak dan ekstrem boleh mengisi masa untuk berkunjung di Tasik Kenyir ini.



Para pengunjung tidak perlu khuatir mengenai penginapan kerana di sekitar tasik ini terdapat banyak pilihan untuk para pengunjung. Antaranya Kenyir Lake Resort & Spa, Petang Island Resort, Kenyir Sanctuary Resort dan banyak lagi.



Yang pasti percutian anda ke sini memberi seribu makna dan memori indah yang takkan dilupakan. Untuk mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari laman web Tasik Kenyir.


No comments:

Post a Comment