Laman Utama

Wednesday, June 23, 2010

Ceritera 54 : Berehat di Pantai Rantau Abang


Sebelum ini ada penulis menceritakan mengenai pantai ini. Di pantai inilah lokasi penyu-penyu mendarat untuk bertelur. Di samping itu para pengunjung boleh berehat dan berkelah sambil menikmati suasana angin dan keindahan pantai ini. Terdapat beberapa pondok rehat disediakan untuk para pengunjung. Kepada anda yang melalui jalan Dungun-Terengganu bolehlah berhenti seketika di pantai ini untuk berehat daripada keletihan memandu.



Di pantai ini tidak lekang daripada pengunjung setempat dan luar untuk bersantai disekitar pantai ini. Lagipun pantai ini sering menjadi lokasi penggambaran pengantin-pengantin kerana kawasannya yang cantik malah terdapat batu-batu besar di pesisir pantai. Di sini juga terdapat resort dan homestay yang berhampiran untuk memudahkan para pengunjung yang datang dari jauh. Buatlah perancangan untuk datang ke sini ataupun kalau anda melalui jalan antara Dungun dan Terengganu bolehlah singgah di pantai ini.


No comments:

Post a Comment