Laman Utama

Friday, June 18, 2010

Ceritera 44 : ChinaTown Kuala Terengganu Terselit 1001 Sejarah

Suasana di ChinaTown

Di Terengganu ini terdapat satu kawasan yang majoriti penduduknya adalah dikalangan penduduk Cina. Tentulah di Jalan Kg.Cina atau dikenali Kampung Cina (ChinaTown). Chinatown ini menyimpan pelbagai warisan bersejarah dan telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.

Mercu tanda Kampung Cina (ChinaTown)

Salah satu keunikan disini ialah mempunyai pintu gerbang yang berwarna-warni yang menjadi mercu tanda bagi Kampung Cina dan sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu serta mempunyai sejarah lampau. Di sini juga terdapat dua tokong yang terkenal iaitu Ho Ann Kiong (1801) dan Tien Hou Kong (1896). Tokong ini sentiasa dikunjungi oleh penganutnya.

Tokong


Perigi Tertua di Terengganu

Ia terletak di tepi muara Kuala Terengganu dan berdekatan dengan Kedai Besar Pasar Payang dan untuk ke sini para pengunjung boleh berjalan dari Kedai Besar Pasar Payang, teksi atau menaiki beca. Apabila anda ke sini kelihatan deretan bangunan yang mempunyai struktur binaan ukiran yang menarik dan unik pada pintu dan jendela yang menunjukkan asal-usulnya. Bangunan-bangunan ini masih kukuh dan ada sesetengahnya masih mengekalkan struktur asal dan ada yang menggantikan dengan bangunan konkrit.




Bangunan yang unik

Terdapat banyak restoran seperti Ah Hong Coffee Shop, Restoran Chen Chen, Restoran Chan Wah Loi, Restoran Guan, Restoran Golden Dragon, Restoran Sik Wai Sin, Restoran Ho 183, Kedai Makan Soon Kee, Restoran Teck Lai, Kopitiam Cappuccino, pengusaha batik, kedai cenderahati dan banyak lagi. Adakah anda pernah datang ke sini? Jika belum apa tunggu lagi.


1 comment:

  1. saya seorang pelukis, senang sekali melihat foto foto yg di tampilkan di sini, menambah pengetahuan, terima kasih,salam.

    ReplyDelete