Laman Utama

Wednesday, June 30, 2010

Ceritera 71 : Apa Ada diTasik Puteri Bukit Besi

Tasik Puteri terletak di Bandar Bukit Besi Dungun. Apa yang menariknya Tasik Puteri? Airnya yang kebiruan dan tenang adakala diiringi tiupan angin yang mendamaikan pasti membuatkan perasaan anda teruja untuk melihat keindahan tasik ini. Tasik ini adalah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi.


Tasik Puteri Bukit Besi terletak kira- kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 200 km dari Kuantan menggunakan Jalan Jerangau – Jabor. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini.


Buat pengetahuan tasik ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai untuk bermandi-manda dan berehat bersama keluarga atau teman-teman. Dengan air terjun yang memutih dan menyejukkan sudah pasti memberi keseronokan kepada para pengunjung untuk bermandi-manda.


Selain menjadikan lokasi ini sebagai tempat mandi-manda, tarikan lain yang ada di sini ialah permainan air iaitu kayak dan bot kayuh. Di sekitar kawasan ini juga terdapat kedai makan, taman permainan dan pondok rehat untuk kemudahan para pengunjung. Sambil berehat di pondok yang disediakan para pengunjung boleh menikmati suasana tasik dan melapangkan fikiran.





Di tebing sebelah barat tasik ini terdampar indah padang yang menghijau iaitu sebuah kawasan padang golf dikenali sabagai Tasik Puteri Golf Club.


Jadi apa lagi jom kita ke Tasik Puteri Bukit Besi.


3 comments:

  1. salam ziarah..

    hana,

    akak ingatkan kat terengganu ada bukit puteri je..rupa2nya tasik puteri pun ada jgk.. best la nmpk tmpt tu.. x pernah smpai pn lg..
    mcm2 ade..tp pic jambatan tu lawa la.. lg cun kalo dpt posing kt sana.. nice place!..

    ReplyDelete
  2. ye ker..kalau nk tau kat bukit besi ni bkn ade 'bukit puteri' but 'tasik puteri'.kalau ade mase datanglah sini..nk berkelah ke,nk mandi ke,nk naik bot kayuh ke,nk naik kayak ker..mcm2 lah..

    ReplyDelete
  3. Rohmat..Cantik sangat... Sy yg duduk terengganu baru sampai semalam..

    ReplyDelete