Laman Utama

Friday, June 4, 2010

Ceritera 25 : Jagung Kuning Jagung Manis


Tanaman dan jualan jagung juga sangat terkenal di Terengganu. Salah satu kawasan yang amat popular ialah di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Buat pengetahuan tanaman jagung merupakan salah satu punca pendapatan penduduk di sekitar Kuala Berang dan ia dijalankan di Kuala Ping, Kuala Berang.


Apabila para pengunjung datang ke sini jangan lupa untuk singgah membeli jagung untuk dibawa pulang. Terdapat deretan gerai yang menjual jagung di sekitar Kuala Berang. Semestinya dijual dengan harga yang berpatutan dan jagung yang berkualiti.


Mungkin anda semua sinonim dengan jualan jagung di Kula Berang. Tetapi ada satu tempat lagi yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai termasuk penulis untuk singgah membeli jagung di Merchang, Terengganu. Jika anda dari bandar Dungun untuk ke Kuala Terengganu atau sebaliknya sudah pasti anda akan melalui kawasan ini. Di sepanjang jalan di sini samada di bahu kiri atau kanan jalan terdapat deretan gerai yang menjual jagung samada jagung rebus atau jagung yang belum dimasak.


Setiap kali melalui laluan ini, kebiasaanya penulis sekeluarga akan singgah di sini untuk membeli jagung samada jagung yang belum dimasak atau jagung rebus. Jagung yang dijual juga amat murah dan berbaloi-baloi.

Penulis amat suka jagung rebus kerana dengan rasanya yang manis membuatkan penulis begitu teruja sehinggakan pernah makan melebihi 1 batang jagung rebus secara berturutan. Jagung mentah juga boleh dibeli dan anda semua boleh memasaknya dengan pelbagai cara samada untuk dibakar atau dijadikan masakan bubur. Amat menyelerakan. Jadi jangan lupa untuk singgah membeli jagung di Terengganu ini.


No comments:

Post a Comment