Seperti yang semua maklum, negeri ini sememangnya banyak kawasan pantai yang sesuai untuk berehat bersama keluarga. Kali ini penulis ingin berkongsi mengenai Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu dan jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 10km.
Ia juga berdekatan dengan Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Jadi tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan para pengunjung luar yang datang bersama keluarga untuk berehat.

Penulis dan keluarga juga sudah beberapa kali singgah di pantai ini apabila berkunjung ke rumah sanak-saudara di sekitar kawasan ini. Di sini juga terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai aneka makanan seperti sotong atau ikan celup tepung, jagung bakar, keropok goreng dan seumpamanya, pondok rehat serta taman permainan.
Aktiviti yang biasa dilakukan para pengunjung ialah memancing dan bermain kuda. Jika anda datang ke pantai ini sudah pasti anda tidak akan terlepas dari melihat para pemancing tidak kira samada siang hari atau malam. Di sini juga pernah diadakan lokasi untuk pertandingan memancing. Aktiviti berkuda juga amat digemari oleh para pengunjung yang datang ke sini. Untuk mengisi masa terluang, anda bolehlah berkunjung ke Pantai Tok Jembal ini.

No comments:
Post a Comment