Anda masih tercari-cari tempat untuk berehat dan berkelah? Jika para pengunjung melalui jalan dari Bandar Dungun ke Terengganu atau sebaliknya, sampai sahaja di daerah Marang para pengunjung akan nampak papan tanda Pantai Peranginan Kelulut. Jarak dari bandar Kuala Terengganu ialah 17 km. Jadi anda sekeluarga boleh berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan di pantai ini. Ataupun anda sekeluarga menginap dimana-mana resort di sekitar ini, jadi bolehlah ke sini untuk menghirup udara segar dan berkelah.
Kebiasaannya para pengunjung yang berehat dan berkelah bersama keluarga datang ke sini dengan membawa bekalan makanan sambil menikmati suasana pantai dengan angin yang bersepoi-sepoi. Di pantai ini sememangnya angin sentiasa kuat sesuai untuk berehat dan melapangkan fikiran. Di sini juga selain pondok-pondok rehat terdapat juga taman permainan. Jika anda bersama anak-anak datang ke sini bolehlah ke taman ini supaya mereka boleh bersukaria.
Di sini juga terdapat deretan gerai-gerai yang menjual air kelapa, pisang goreng dan banyak lagi. Yang paling 'best' air kelapa. Begitu sedap diminum kerana airnya yang 'fresh'. Bukan setakat gerai-gerai, satu medan selera juga ada di sini. Ia mula dibuka pada waktu petang dan para pengunjung boleh memilih mana-mana berdasarkan citarasa masing-masing. Di medan ini menyediakan pelbagai aneka makanan seperti masakan panas dan yang terkenal ialah ikan bakar dan para pengunjung mempunyai pelbagai pilihan makanan laut untuk dijadikan hidangan bakar.
Penulis dan keluarga sering berkunjung di medan ini untuk menikmati ikan bakar. Sememangnya mengenyangkan dan memuaskan. Makanan lain yang digemari orang ramai antaranya sotong celup tepung, kerang rebus, sate dan banyak lagi. Sambil menikmati hidangan anda boleh menikmati suasana pantai kerana medan ini betul-betul menghadap laut. Jadi jika anda buntu untuk mencari kedai makan, bolehlah singgah disini. Semestinya anda tidak akan menyesal. Apabila anda berada di Kelulut ini juga banyak gerai yang menjual air nira di kiri dan kanan jalan. Jika anda yang suka sangat dengan air nira jangan lupa untuk singgah apabila sampai di Kelulut. Harganya murah sangat.
Pelbagai program atau karnival sering diadakan di pantai ini antaranya ekspo jualan, pameran, SWIMATHON (KAPAS-MARANG INTERNATIONAL CHALLENGE) antara Pulau Kapas - Pantai Peranginan Kelulut, Fiesta Candat Sotong 2010, pertandingan memancing dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment